Ultra kiasu boleh jemput penceramah luar seperti Mustafa Akyol, Irshad Manji, Amina Wadud sehingga porak peranda kita. Manakala, Zakir Naik mahu didiamkan agar mereka bermaharajalela. Ikuti respon saya
MENDENGAR ucapan Dr Zakir Naik sepenuhnya ketika berceramah di Kelantan, saya tidak nampak kata-katanya menghasut atau boleh memporak-perandakan kehidupan berbilang kaum di negara ini, berbanding dengan ultra kiasu yang menghina Angkatan Tentera Malaysia dan tulisan jawi.
Dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja berhak bersuara dalam ruang lingkup yang dibenarkan Perlembagaan, apatah lagi mereka yang bertaraf warganegara dan penduduk tetap.
Jika ultra kiasu boleh menjemput sesiapa sahaja yang mereka suka daripada luar negara untuk merosakkan budaya hidup kita, yang tidak ada kena mengena dengan kita, dan bercakap sesuka hati sehingga kadangkala menimbulkan huru-hara, kenapa mereka yang bertaraf penduduk tetap tidak boleh bersuara?
Lihat wajah ultra kiasu sebenar, mereka jemput penceramah kesukaan mereka, sesuai dengan kehendak mereka, diberikan publisiti besar-besaran. Bercakap sesuka hati, termasuk isu-isu sensitif seperti mahukan negara mengamalkan kebebasan seks, LGBT dan sebagainya.
Apakah kita sudah lupa watak-watak yang dijemput seperti Mustaffa Akyol dan Irshad Manji yang jelas mahu menghalalkan LBGT dan perkahwinan sejenis, diberikan publisiti besar-besaran sehingga menggemparkan negara. Begitu juga dengan, Amina Wadud, dengan ajaran sesat mengenai hak wanita menjadi imam jumaat dan khutbah Jumaat.
Perkara yang dibawa bukan sahaja bercanggah dengan budaya dan cara hidup Islam, malah bercanggah dengan sama sekali dengan Perlembagaan. Mana lebih bahaya antara Zakir Naik dengan ultra kiasu dan liberalis, pembawa ajaran sesat ini.
Belang ultra kiasu terserlah apabila mempertahankan habis-habisan perosak-perosak ini atas dasar kebebasan hak asasi manusia, sedangkan ia bercanggah dengan cara hidup, undang-undang Islam negeri dan Perlembagaan negara.
Namun, apabila kena pada kita, penceramah yang mereka tidak sukai, tunggu buat silap sedikit sahaja, maka di situ mereka akan ambil kesempatan dan akan diviralkan agar, orang yang mereka tidak sukai itu dikenakan hukuman berat. Satu kesilapan yang ditutup tutup habis 999 kebaikan.
Inilah yang berlaku kepada Zakir Naik. Tunggu masa dan saat yang sesuai untuk bertindak.
Sedangkan ucapan Zakir Naik itu tidak pun menimbulkan huru-hara. Tindakan Dong Zong yang terang-terangan, jauh lebih menghasut.
Begitu juga dengan ultra kiasu yang sanggup pergi ke India berjumpa dengan pemimpin subversif, LTTE.
Sudahlah ultra kiasu, kami kenal siapa kamu?
Zakir Naik sudah menjelaskan bahawa ucapannya itu diambil di luar konteks dan menjelaskan ada beberapa kumpulan ultra kiasu di negara ini memilih untuk menyokong Perdana Menteri India, berbanding Dr Mahathir, dalam isu Zakir Naik.
Penjelasan Zakir Naik ini sudah cukup difahami, tetapi ultra kiasu ini tidak puas hati. Persoalan yang ingin saya lontar kepada ultra kiasu, selama umat Islam mengikuti dan mendengar ceramah Zakir Naik, tidak kedengaran pula bukan Islam di negara ini dianiaya, dizalimi dan dibunuh.
Rata-rata yang saya dengar umat Islam terbunuh, sama ada ketika berada di lebuh raya, mahu pun ketika menjalankan tugas sebagai anggota bomba.
Bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Kluang yang berucap menyamakan tulisan jawi dengan tulisan porno. Apabila isu ini menjadi viral, apa kata ultra kiasu ini? Dia kata, ucapannya diambil di luar konteks, salah MCA, UMNO dan PAS kerana viral isu ini. Hairan sungguh kenapa ultra kiasu diam seribu bahasa malah sanggup mempertahankannya.
Masih tak nampak. Kena pada mereka boleh, kena pada kita, bukan main lantangnya ultra kiasu ini berbicara.
Bila Zakir Naik berkata pihak yang mahu dirinya sebagai tetamu baru keluar, harus menghantar orang Cina selaku “tetamu lama” keluar dari negara ini, terlebih dahulu. Adakah kata-kata ini semua salah?
Tetamu lama bukan sahaja perlu keluar, malah sebelum keluar perlu disumbatkan dalam penjara. Bayangkan, mereka sanggup mengeluarkan kata-kata yang menghiris anggota tentera yang majoritinya orang Melayu, hanya makan tidur.
Jika Zakir Naik yang menjadi tetamu baru sedikit celupar, boleh dimaafkan lagi, sebab nama pun baru. Ini terbalik pulak, tetamu lama, bergenerasi tinggal di sini, tidak pernah faham akan kehidupan bernegara. Agenda negara tidak dihayati, penguasaan Bahasa Cina mereka jauh lebih fasih daripada penguasaan Bahasa negara.
Bayangkan jika majoriti anggota tentera adalah orang Cina, sanggupkah Cina ultra kiasu yang telah dikayakan oleh sistem yang sedia ada ini berkata sedemikian?
Saya amat yakin, jika anggota tentera itu majoritinya orang Cina, dia tidak akan mengeluarkan kata-kata sebegini. Anggota tentera di negara China antara anggota yang paling ramai dalam kalangan negara dunia, kenapa tidak berani kata mereka juga makan dan tidur?
Sama juga tindakan ahli perniagaan besar, yang mewarnakan bendera Malaysia dengan warna hitam daripada warna asal merah. Kenapa begitu kurang ajar ubah bendera Malaysia dengan warna hitam.
Banyak tindakan lain boleh dibuat selain mengubah bendera. Bila isu menjadi viral, dia pun minta maaf. Kenapa tidak bising dan viral isu ini. Itulah wajah ultra kiasu sebenar.
Ultra kiasu ini dikayakan oleh kerajaan, apabila mereka kaya, ultra kiasu inilah juga yang menjadi pengkhianat. Permohonan maaf oleh ultra kiasu ini tidak cukup. Beliau mesti didakwa.
Tidak dinafikan Zakir Naik agar celupar sedikit tetapi adakah apa yang dikatakan itu semua salah? Lebih-lebih jika Zakir Naik merujuk kepada segelintir bukan semua.
Nasihat saya kepada Zakir Naik, supaya lebih berhati-hati apabila berkata. Fikir dulu. Fokus pasal dakwah. Tidak perlu singgung pasal hal ehwal negara ini. Biar kami yang selesaikan.
Ingat Zakir Naik, musuh sentiasa memerhatikan kamu, tunggu buat silap sikit sahaja. Kesilapan yang sedikit itulah yang akan disensasikan agar kamu dikenakan tindakan dan keluar daripada negara ini. Jadi, sebelum perkara tersebut berlaku, lebih baik kamu berhati-hati
Fokus kepada dakwah dan perbandingan agama. Tidak perlu memandai-mandai bercakap hal ehwal politik negara ini. Ramai lagi rakyat Malaysia yang boleh memberikan komen sedemikian tetapi bukan kamu.
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah cukup baik mempertahankan kamu, menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Zakir dihantar pulang ke India selagi pendakwah itu tidak dijamin mendapat perbicaraan yang adil di sana.
Setelah mengalisis semua perkara ini, saya fikir semua ini dilakukan oleh ultra kiasu dengna penuh berstrategi dan licik semata-mata untuk menutup isu jawi yang ditimbulkan oleh mereka sendiri. Dengan hangatnya isu Zakir Naik, membolehkan rakyat lupa isu jawi, tentera makan tidur dan lain-lain. Isu Zakir Naik sengaja disensasikan bagi menutup kejahatan mereka.
Bukti menunjukkan memang benar ada pemimpin negara ini lebih menunjukkan kesetiaan kepada negara China dan India daripada negaranya sendiri
Dahulu orang Tanah Besar China sibuk mencari warisnya di sini. Kini, jauh berbeza, Cina Malaysia sebuk mencari waris mereka di China. Malah ada yang berdemonstrasi agar China mengiktiraf hak rakyat Hong Kong dan Taiwan.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah