Pendita2 Yahudi bongkak kuasa dengan mengharamkan apa yang Allah benarkan. Quran ada sebut begitu.
Ulama Islam pula terikut2 cara Yahudi berfatwa haramkan beberapa perkara seperti shisha (argella) dan vape. Mengapa rokok tidak haram?
Ada elemen paranoya dalam pengharaman tersebut kerana menjaga kesihatan masyarakat alasannya. Dalam perkara sebegini biarlah individu berfikir dan memilih kebaikan sendiri bukan dengan cara pengharaman.
Apa pula kata ulama atas duit Najib 2.6bilion yang diterima dalam akaun peribadi yang tidak disahkan puncanya?
Najib berdalih mengatakan duit itu untuk UMNO dan telah dibahagikan kapada UMNO. Kalau punca duit itu haram bolehkah duit itu disalurkan oleh UMNO untuk menyambut Maulidul-Rasul di masjid2? Sekiranya ada digunakan kesucian masjid, Rasulallah, dan jemaah qariah tercemar.
Umum diberitahu bahawa 1000 imam yang menunaikan haji bersama Najib adalah biayaan 1MDB. 1MDB menjalankan niaga dengan pelaburan gelap, pembohongan dan penipuan. Adakah duit yang digunakan berkat atau sah untuk haji?
Jakim kah yang mewajibkan mesti mengikuti kursus kahwin sebelum nikah? Kursus tersebut sepatutnya digalakan bukan menjadi syarat. Usah pihak agama paranoya menentukan kebahagian sampai kepelamin.
Oleh sebab diwajibkan maka Jakim berasa perlu atau beralasan untuk adakan kursus kahwin di Paris, London, New York. Pernahkah kita dengar negara Islam lain buat begitu?
Generalissimo Jakim YaPiEM Golfo Khir Fuckeda gunakan duit agama untuk belanja main golf di New York. Adakah cara penggunaan duit itu haram?
Katanya main golf itu sambilan mengadakan kursus kahwin! Apa program Jakim untuk Rohinya dan lain2 penderitaan muslimat?
Badan Zakat Pahang pernah menganjurkan liga bola sepak VIP dengan pihak Indonesia. Adakah cara penggunaan duit zakat itu haram?
Walla hu alam.