Monday, May 14, 2012

PELURU TUK JANGGUT RATAH SGT. HASSAN

Filem P. Ramlee yang kedua ialah Sarjan Hassan, yang pertama Penarek Beca. Filem tersebut adalah true story. Inilah (kiri) rupanya Sarjan Hassan (1927-1991) yang lahir di Mantin, N.S.

Selama berkhidmat dengan Rejimen Askar Melayu selama 16 tahun, 1946-1962, beliau telah membunuh 54 orang pengganas tidak termasuk yang dicederakan atau menyerah diri kapada beliau.

Sebut saja beliau masuk hutan buat operasi, komunis kecut perut. Dimana saja ada hotspot, wira bangsa ini akan diperintahkan untuk menghapuskan musuh.Pengebonanan beliau mendapat penghargaan negara dengan dianugerahkan beberapa pingat dan di naikkan pangkat leftenan akhirnya.

Nekat dan keberanian Hassan ialah membalas dendam kerana pembunuhan isterinya, ibu mertua, nenek mertua, dan anak saudara isterinya oleh kumpulan Bintang 3, suatu gerakan Malayan People Anti Japanese (MPAJ) di Pantai, Jelebu yang diketuai oleh Lai Su Ting.

Sebaik sahaja Jepun menyerah diri pada 14 Ogos 1945, Bintang 3 telah mengambil kesempatan memerintah Malaya selama 14 hari, ia-itu pemerintah Cina, sebelum BMA (British Military Administration) mula mendarat di Singapura pada 5 Sept. 1945 yang diketuai oleh Lt. Gen. O.L. Roberts.

Sementara pemerintahan Bintang 3 selama 14 hari inilah berlaku banyak penganiayaan keatas penduduk terutamanya kapada mereka yang ada bersangkut paut dengan pemerintahan Jepun. Penghulu Ismail di Salak, datuk kapada Hassan turut ditangkap.

Untuk melengkapkan diri dengan ilmu bebatinan mempertahankan diri dan melawan Bintang 3 Hassan bersama dua lagi saudaranya berbasikal ke Bkt. Katil, Melaka untuk berguru dengan Kiai Yusof Rahimullah selama 1 minggu. Kemudian mereka ke Sg. Choh, Hulu Selangor untuk belajar dengan Tuan Guru Ahmad Bakhtiar. Seterusnya mereka berguru pula dengan Kiai Mohd. Salleh di Batu Pahat.

Hassan mengambil keputusan untuk berkhidmat dengan Kor Rejimen Askar Melayu. Beliau menghadhiri latihan asas ketenteraan 6 bulan di Port Dickson dan kemudian ditempatkan dalam Battalion Kedua di Kem Bagan Pinang, P. Dickson. Ia wira yang warak, tidak suka bercakap kosong dan taat menjalankan perintah.

Pernah komunis mengumpan Hassan dengan 'matahari' seorang amoy cantik tetapi tidak berjaya.  Malah ia dinasihatkan supaya memujuk kawan2 yang dalam hutan menyerah diri. Ramai keluar menyerah.

Hassan tak lut peluru Tuk Janggut, ketua tertinggi komunis, di Perak:





Rujuk: Harun Johari. 2001. Kapten Hassan: Wira Negara. DBP

No comments:

Post a Comment