Saturday, January 19, 2013

LILIK MENJELMA DIDEPAN KU


Tanggal 22-23 Dis 09 kami berada di Jakarta. Hendak ke Mangga Dua. Kami menginap di Hotel Alia Cikini.

Anak bongsu ku yang sedang belajar di Bandung sebut masa cuti ia ingin melihat Gunung Berapi Bromo (2392m a.s.l) ke timur Malang. "Ada kawan baik di Malang, lama tak jumpa dia" ku menyahut. Kalau pergi boleh kontak dia, Lilik Setyobudi namanya.












Pagi 23hb aku turun lift. Ramai pula masuk lift kemudiannya. Sesak. Terlihat didepan ku menghadap pintu lift seperti orang yang kenal cam daripada suara dan susuk badannya.

Apabila lift berhenti tingkat lobby, saya menerkam kedepan dan dengan gembiara "Oh, Lilik, what in the world you are doing here? I just thought of you yesterday!" Kami tak sempat bercerita banyak kerana beliau dan kawan2 hendak pergi seminar. Sesungguhnya Allah maha berkuasa.

Lilik peramah orangnya. Dia kerap tegur saya semasa belajar di Oregon pada pertengahan tahun 80an. Ada beberapa orang lagi penuntut Indonesia yang sempat saya kenal - Asril dll.

Pada awal Feb 1991 (22 tahun lalu) semasa bertugas dengan MARDI Cameron Highlands, saya telah (2 minggu) ke balai penelitian dataran tinggi Tlekung, Batu, Malang khas untuk mengenali teknologi tanaman epal di tropika.

Kini, tanaman epal di Malaysia lebih berjaya di Bekalan, Sarawak.



Saya bertemu kembali (selepas 5 tahun balik dari belajar) Lilik berpejabat di Batu dan ia memberi layanan yang cukup baik - memperkenalkan keluarga dan rumahnya (dibena sendiri katanya) serta belanja dinner ayam goreng.

Dr L. Setyobudi kini bertugas di University of Brawijaya, Malang dan menjadi Head, Business Incubator and Public Service.

Selain daripada beliau yang saya terhutang budi ialah penyelidik2 ( Ir Moh Cholil Mahfud, MS, Dedi Djatmiadi, Ir Arry Suprianto, MS, Ir Soenarso, MS, dll) yang bekerjasama menunjukan teknologi hortikultura epal, limau (jeruk), mangga (Pasuruan), anggur (Probolingo).




Terhutang budi juga kapada Pak Arpa'i, pengusaha apel dan tanaman hias, dan pembantunya Pak Sunfiatmodjo.

Selama berada di sana saya menginap di Metropole Hotel, Malang dan Cemplong adalah salah satu restoran saya sukai.




Kapada mereka semua saya ulangi ucapan terima kasih tak terhingga. Allah sahaja dapat membalas budi baik anda.

Andainya Lilik dan teman2 lain datang ke Malaysia jangan tidak beritahu saya ya. Wishing you all the best.

No comments:

Post a Comment