Wednesday, April 19, 2017

17 MENERIMA RM23 JUTA DARI NAJIB


Naib Presiden PKR itu akan mendedahkan 17 penerima bertuah yang dipercayai menerima dana daripada Najib Razak yang mana wangnya adalah berasal daripada SRC International, anak syarikat 1MDB.

SRC International memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP dan RM42 juta kemudiannya dimasukkan ke akaun peribadi Najib, tetapi Perdana Menteri mengatakan beliau tidak mengetahui wang tersebut datangnya daripada syarikat tersebut.

Najib dalam pengakuannya kepada SPRM berkata, beliau menyangkakan wang itu adalah sebahagian daripada RM2,600 juta yang diterimanya daripada penderma Timur Tengah.
Bagaimanapun, dua pengarah SRC International, Nik Faisal dan Suboh Md Yassin masih lagi misteri ke mana perginya sehingga sekarang ini.

Berdasarkan carta aliran wang yang ditunjukkan secara tidak sengaja oleh Apandi Ali ketika membersihkan nama Perdana Menteri, Rafizi mendapati wang sebanyak RM23,520,010 telah diagihkan melalui akuan Najib kepada 17 penerima yang belum diketahui identitinya.

(iksan: shahbudin dot com)

No comments:

Post a Comment