Monday, November 6, 2017

HADI TEMBAK BUGIS MENGGELUPUR


Semestinya Bugis lebih berani dari Hadi. Dengan bersenjatakan keris dia tidak takut halilintar. Siapa dia halilintar? Halilintar ialah (kuasa) Allah kerana  dia sahaja boleh belah bumi. Bugis cabar kuasa Allah!

Bugis cerdik kerana Hadi dan Pas telah dibeli dengan beratus juta. Rahsia perlu dijaga jangan bocor.

Hadi ada senapang patah itu pun satu berel*. 

Abdul Hadi lebih berani daripada Najib

Hadi telah masuk perangkap Claire (Sarawak Report). Dia saman Claire tanpa fikir akibatnya. Bila kes shaman dibicarakan dalam mahkamah, al-kisah 1MDB  perlu didedahkan dengan terperinci. Dibogelkan. Najib turut akan ditelanjangkan. Belum bicara lagi kepala bapak sudah menggelabah. Pistol Hadi (dalam kain pelekat) mula mengontot.


(rujuk: shahbudin)

"… kalau sebelum ini Najib berjaya menolak beberapa saman untuk menghadapkannya ke mahkamah berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta yang pernah diterimanya, bahkan soalan di Parlimen juga berjaya dielaknya, beliau kini sudah tiada pilihan lain lagi.

Najib kini terpaksa hadir ke mahkamah London dan seterusnya merelakan dirinya disoal oleh peguam di sana.

Akhirnya, meskipun Claire yang kena saman, dalam masa yang sama, Presiden Pas itu  juga telah berjaya mengheret Perdana Menteri ke mahkamah - suatu perkara yang selama ini sedaya-upaya cuba dielakkan oleh Najib."



"Apa sudah jadi dengan Najib Razak kebelakangan ini?

Kenapa sampai terkeluar daripada mulutnya ungkapan "kepala bapak kau"?

Tidakkah beliau sedar kedudukannya sebagai Perdana Menteri yang berketurunan Melayu dan beragama Islam di mana seharusnya beliau sentiasa menjaga budi bahasa dan percakapannya di khalayak ramai?"


*Saya pernah mohon senapang double barrel tetapi tak dapat. Sayang. Kalau tidak boleh tembak musuh binatang dalam kebun. 

No comments:

Post a Comment