Saturday, March 17, 2018

KEADILAN DI CELAH KANGKANG


Siapa datin kejam itu? Kerana suami datuk dia jadi datin. Datin celup. Celup atau ori ke tak kan sampai main pisau mendera. Munkin ada masaalah lain. Frust. Dendam. Tak cukup makan. Atau member Bic Mama boleh buat sesuka hati boleh lari hukum dunia. Jangan lupa hukum Allah! 


Datin yang bernama Rozita Mohamad Ali itu pada mulanya didakwa atas kesalahan cubaan membunuh Suyanti  Sutrinso, tetapi dipinda dengan didakwa di bawah Seksyen  326 iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.

Berikutan beliau menukar pengakuan kepada bersalah, hakim Mahkamah Sesyen kemudian hanya menjatuhkan hukuman dengan bon berkelakuan baik sebanyak RM20 ribu untuk tempoh 5 tahun kepada Rozita.
Mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, seseorang yang didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Ketika kejadian pada Disember 2016  itu, media pernah melaporkan bahawa Datin berkenaan didakwa menggunakan pisau, sebatang mop, sekaki payung dan penyangkut baju sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian tangan, kaki dan organ dalaman kepada mangsa.

Video Suyanti yang cedera parah dan terbaring berdekatan longkang di satu kawasan perumahan di Mutiara Damansara kemudian menjadi viral di media sosial sehingga menyebabkan pelakunya dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Mengapakah hukuman seringan itu dijatuhkan kepadanya sedangkan mangsa mengalami kecederaan yang amat serius?


(rujuk: Shahbudin dot som)

No comments:

Post a Comment