Dari MARDI Sg Sumun saya telah berpindah ke Cameron Highlands pada tahun 1990 untuk menjalankan penyelidikan buah2an subtropika-temperat seperti epal, strawberri, persimon (pisang kaki). Hampir 6 tahun lebih saya bertugas disana.
Dua tahun kemudia, kerana ingin berkebun saya telah membeli tanah kelompok seluas 1.5ekar di Gunung Berinchang daripada seorang kenalan. Tanah tersebut terletak di Gunung Berinchang, kebun yang paling tinggi sekali di Cameron Highlands, selepas melalui Boh Tea Estate.
Saya cuba tanam kubis untuk 2 musim dibantu oleh pekerja Bangla. Harga kubis merudum 50sen/kg. Rugi. Biasalah pekebun2 ambil risiko harga turun naik. Kalau harga sayur melambung memang untung.
Saya dengar2 ada lambakan import kubis dari Indonesia. Masa itu (arwah) Sanusi Junid Menteri Pertanian. Dikatakan dia atau orang2 dia monopoli import kubis. Entah betul atau tidak.
Langkau beberapa kebun saya terletak kebun Latiffah Omar bersama anak lelakinya. Saya tidak pasti yang mana satu. Walaupun saya teringin melihat beliau tetapi tidak pernah bersua dia atau anaknya. Saya dengar anak bujangnya bergaduh entah dengan siapa. Selepas itu tidak dengar mereka lagi. Dikatan mereka telah pindah kebawah. Samada dia sewa atau kebun sendiri tak pasti.
Kerana pencen (2006) di Tronoh, saya sewakan kapada nyonya dan keluarga tanam kubis. Dulu pernah bermalam dikebun bersama keluarga. Angin kuat pada malam hari dan sejuk. Pondok usang masih ada tetapi digunakan oleh penyewa sebagai stor baja dan racun.
Dua bulan sekali saya pergi jengok kebun. Teringin juga hendak buat banglo disitu. Entah. Capt Rivers aka Pak Tam dan Capt Zainal ex-manager Boh ada banglo dilereng bukit sebelah bawah.
No comments:
Post a Comment