Monday, February 15, 2021

AL-FATIHAH - MARY HUGHES THOMPSON

 

Hughes Thompson, aktivis pro-Palestin meninggal dunia

Isnin, 15-02-2021 – Aktivis hak asasi manusia Pro-Palestin, Mary Hughes Thompson, pengasas Bersama Gerakan Free Gaza meninggal pada 5 Februari, 2021 di Los Angeles, California, setelah menghabiskan kebanyakan usianya memperjuangkan keadilan untuk Palestin.

Thompson dikenali dengan peranannya menganjurkan konvoi -konvoi ke Gaza dan menyertai banyak perarakan dan acara bagi mempertahankan para petani Palestin dan harta mereka daripada keganasan oleh pendatang dan tentera.

Pada 2002, beliau mengalami patah tulang bahu apabila pendatang pelampau menyerangnya setelah beliau dan para aktivis keamanan lain berusaha menghalang mereka daripada menyerang petani Palestin ketika menuai buah zaitun. 

(PalestinKini)

No comments:

Post a Comment