Follow by Email

Wednesday, October 5, 2011

BILA FELDA NAK ROBOHKAN INI?



Matahari baru terbenam di Fraser's Hill - pemandangan yang begitu harmoni dan menyejukkan jiwa.

Syukur - kurnia Allah.


Bulatan dan menara jam ditengah pekan FH menjadi tumpuan.

Pejabat sebelah kanan dan hotel sebelah belakang kanan.

Arkitektur bangunan lama masih menjadi tarikan pelancung.


Banglo Raub (L) dan Banglo Clifford (R) masih tersergam indah untuk disewakan oleh Perbadanan Kemajuan Bkt Fraser.



Malangnya, bangunan Frasers Hill Resort ini kepunyaan FELDA telah lama terbiar gate di kunci. Sayang. Apa gerangannya? Berhantu ke?

Dari luar dilihat rekabentuk bangunan sengaja dibuat lain pada yang lain tetapi tidak ada harmoni dengan persekitaran pelancungan tanah tinggi yang menghijau. Reka bentuk dalaman entah bagaimana pula.

Nampaknya bangunan hodoh dan terbiar seperti ini tidak boleh bertahan lama akan DIROBOHKAN atau dijual.

Najib kata FELDA ada RM8 billion asset. Apa gaduh duit banyak boleh buang tak tentu hala. Najib pun kerap beri durian runtuh kapada peserta-peserta. Lupakah mereka pembaziran itu tidak direstui rakyat jelata maupun FELDA sendiri? Dari segi Allah bagaimana? Walaupun kita perlu berusaha mencari harta teapi Allah jua yang mengurniakan rezeki. Siapa yang bertanggung jawab atas kesalahan yang RM berjuta ini?


Di Trolak tepi PLUS highway terdapat puluhan (ratusan?) chalet FELDA. Kerap saya lalu disitu tak nampak pun ada penghuni. Apakah menjadi tarikan pelancungan yang unik dikawasan tersebut saya kurang faham.


Ini satu lagi banglo terbiar di Fraser's Hill kepunyaan JKR Selangor. Rumah tansit katanya. Fahamkah mereka apa dimaksudkan transit? Transit untuk lepasan penjara atau pemulihan dadah?

No comments:

Post a Comment