Tuesday, April 13, 2010

Menilai semula IIM: 12 Apr 2010

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

NS, Melaka, Johor sudah tiada sawah padi lagi. Pengeluaran padi negara hanya mencukupi 65% sementara di Sarawak dan Sabah masing2 25%.

Jepun, Indonesia yang bilangan penduduknya ratusan juta cukup dengan beras sendiri. Kita mengharap beras import dari Vietnam dan Thailand.Bilangan penduduk mereka akan bertambah serta tanah sawah tidak meningkat maupun kurang. Oleh itu beras banyak untuk makanan sendiri dan kurang untuk export. Kalau ada bencana alam beras untuk export langsung tidak ada.

Semenjak tahun 70an lagi kita hendak mengeluarkan beras secukupnya tetapi sehingga ini masih tahap cakap-cakap aja.

Walau pun MARDI ada menjalankan penyelidikan padi tetapi tidak menyeluruh dan kepakaran dan bujet tidak mencukupi. Maklumlah MARDI perlu menjalankan penyelidikan pertanian yang luas.

Kami telah menghantar memorandum supaya mengadakan Malaysian Rice Research Board kpd Muhyiddin, Menteri Pertanian dulu. Di Jepun misalnya, 60 orang pakar mengkaji rice genome sahaja. Di MARDI hanya 15 orang penyelidik padi.

Kasihan cucu cicit kita akan bergantung lebih pada gandum (burgher, roti canai dsb) yang dikawal oleh barat!

No comments:

Post a Comment