Friday, November 2, 2012

JOM IPOH FLEAMARKET AHAD NI

Tiap pagi Ahad hingga tengah hari Jln Horley (gambar kiri) dan Jln Boo Seng (kanan), tengah bandar Ipoh penuh sesak dengan pengunjung2 tua-muda dan anak2 ke fleamarket.

Masing2 ada tujuan, membeli atau tengok2 saja. Tidak kurang ramainya pekerja asing Bangla, Nepal, Indon, Vietnam berkerumun kesitu.

Bermacam barang2 lama dijual seperti antik (kiri), serta ubat tradisi (kanan, untuk diabetes). Ubat kuat pasti ada! Sewa petak 10 kaki RM40/bulan, bayar kapada Majlis Perbandaran.







Baru tahun ini saya kerap/ketageh pergi fleamarket mencari buku2 lama (kiri, kanan) dan selalunya puas hati. Kebelakangan ini banyak buku2 rujukan dilupuskan oleh perpustakaan.


Fleamarket adalah tempat menambah pendapatan. Anak beranak pun boleh berniaga (bawah).

Pernah saya menjual gubahan bunga, burung, hamparan kulit llama/alpaca kepunyaan kawan dari Peru di Deep South Fleamarket semasa menuntut di Louisiana. Bukan senang nak dapat duit!

No comments:

Post a Comment