Wednesday, December 12, 2012

AKU PILU, VAN GOGH MENANGIS


Semenjak lebuhraya Plus dibina dan adanya R&R, pekan Tg. Malim tidak lagi menjadi tempat persinggahan mid-way yang popular seperti tahun2 lampau. Pau Tg Malim pun ramai dah tak teringin.

Dulunya Tg Malim bersejarah dengan Sultan Idris Training College (SITC, kini UPSI).

Puluhan kali lalu Tg Malim tetapi hanya 4-5 kali berhenti melihat2 pekan tersebut. Ahad sudah sempat singgah di Tg Malim agak lama.

Isteri saya (dan adik-beradik) masa kanak2 kerap  menaiki keretapi ke Tg Malim dari Butterworth. Bapa dan emak  akan memandu kereta dan menunggu mereka di stesen Tg Malim.

Sejak rail double-track siap digunakan 5 tahun dahulu, stesen keretapi lama tidak digunakan dan kini terbiar. Pilu melihat keaadanya.











Paparan lukisan Van Gogh (1853-90), pelukis Belanda terkenal.




Yahya Imail, pengurus kantin yang terakhir.












Quarters railway terbiar (kiri); stesen baru berdekatan yang lama (kanan)

Jutaan manusia berbagai bangsa-rupa telah turun-naik atau melalui stesen Tg Malim - Mat Saleh, buroh India, polis Sikh, pegawai kerajaan, penuntut/pengajar SITC, pelancung dll.

Stesen Tg Malim membawa kenangan untuk SITC dalam sejarah pendidikan, politik, dan pengorbanan. Masa silam keretapi merupakan pengangkutan yang mudah. Antara mereka yang terkenal akan rasa hiba (yang masih hidup) bila melihat stesen Tg Malim ditelan zaman:

O.T. Dussek - pengasas dan pengetua pertama
Abdul Rahman Muhammad, 1950an
Abdullah Sidek (Anggerek, Khadam Melayu), 1929-1931
Ahmad Abdullah (Cikgu Mat) ,1923 (pengajar)
Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), 1958-1962
Ahmad Murad Nasaruddin (Darum), 1928-1929 (penterjemah)
Awang Had Salleh (Kals Khalid), 1951-1954
Embong Yahya (Ngumba), pertengah 1950an (pengajar)
Harun Mohd Amin (Harun Aminurrashid), 1924-1926
Hassan Muhammad Ali (Hasbi Asmara, Hasbima), 1948-1950
Kasmani Ariff (Wang Tunai), 1931-1933
Maarof Mahmud (Merak Mas), 1937-1939
Mahmud Ahmad (Teruna Jaya), 1926-1929
Masuri Salikun (Masuri S.N.), 1946-1949
Mohd Noor Yusof (Pangeran Derma), 1949-1952
Muhammad Yasin Maamor (Pungguk), 1929-1931
Shaharom Husain (Dharmaya), awal 1940an
Shahnon Ahmad, awal 1970an (pengajar)
Suhaimi Muhammad (William Polmer, Suria Negara), 1957-1959
Yahya Abu Samah (Yabas), 1949-1952
Zainal Abidin Ahmad Za'ba), 1924-1939 (penterjemah)

Sejarah, memfaatkan keunikan dan budaya jaga harta tidak ada erti pada KTM. Pertalian sejarah dan imbasan lampau antara generasi silam dengan  yang baru/akan datang dibiarkan terputus begitu sahaja.

Melayu sukakan yang baru, lupakan sejarah. Baju baru, istana baru. 

No comments:

Post a Comment