Sunday, December 2, 2012

PATRIOT AGUNG - TS YUEN YUET LENG



"Tiga kali saya kena tembak," kata Tan Sri Yuen Yuet Leng.

"Masa dulu susah. Saya minta emak jual gelang emas, beri duit kapada orang Melayu untuk beli makan," tambah beliau.

Pernah terbaca berkenaan Tan Sri sebagai CPO Perak, selain daripada itu saya tidak tahu langsung siapa patriot ini. Pertengahan bulan September sudah  saya sempat berbual sekejap dengan Tan Sri di Hospital Ampang. Ia melawat adiknya bersebelahan katil isteri saya.














"Saya nak masukan Tan Sri dalam blog". Memandang perjumpaan itu hanya beberapa minit sahaja, "Google nama saya" jawab beliau.

Dua hari sudah saya layari Mozilla Fox nama Tan Sri, ia menunjukan 47,500 results!

Tan Sri Yuen Yuet Leng, PSM,SPMP,DPCM,PNBS,JMN,KMN,PPC,PBS, AMN,CPM dilahirkan di Larut Matang pada 15.9 1927. Beliau lulus Senior Cambridge, 1947 dari King Edward 7th, Taiping. Pelajaran beliau selanjutnya di Technical Institute terhenti kerana kekurangan wang.

Special Branch Deputy Director dan ketua perisik unit kod 'God's Little Acre'; CPO, Perak; Commissioner of Police, Sarawak adalah diantara tugas yang Tan Sri jalankan dengan penuh dedikasi.

Bukunya 'Nation before Self' (2008) dan 'Operation Ginger' (1998) memberi maklumat lanjut kehidupan dan pengorbanan beliau demi negara.



Beliau kini menetap di Ampang. Walaupun tidak aktif dalam politik tetapi kerap memberi ceramah memberi kesedaran perjuangan dan keamanan negara.

Beliau keturunan etnik Hakka, saya setengah Hakka!

Malaysia sangat bertuah dan terhutang kapada Patriot Agung ini (diantara mereka yang lain) berjuang menggadai nyawa demi kemerdekaan dan keamanan negara.

Syabas Tan Sri Yuen Yuet Leng! May God bless you.

No comments:

Post a Comment