Follow by Email

Monday, August 19, 2013

FAKTA LEMAN DAWI FANTASTIKO


Leman Dawi, 60 tahun umur berasal dari Rembau dan bekas military police telah membuka gerai cendol selama 20 tahun di pinggiran jalan Sg. Gadut, 11km dari Seremban arah ke Tampin. Anda boleh tambah cendol berapa kali perut mampu 'all you can eat'. Kerap saya lalui gerai Leman ketika balik kampong tetapi hanya dua kali berhenti menikmati cendol beliau. 

Pada persinggahan pertamanya saya tidak ambil hirau coloteh faktanya bila melayan pelanggan. Pada kali keduanya pada Januari sudah saya mendekati beliau dan ambil tahu apa ia hemburkan dari ingatan tanpa merujuk kapada nota. Fakta yang diluahkan:

Rembau mempunyai 214 kampung,17 mukim dan 43,011 penduduk. Ada 12 suku minangkabau - Biduanda, Anak Aceh, Tanah Datar, Munkar, Paya Kumbuh, Anak Melaka, Seri Lemak, Seri Melenggang, Tiga Batu, Tiga Nenek, Batu Belang, dan Batu Hampar dalam Rembau.




Bila saya sebut Cameron Highlnds, beliau hemburkan fakta2 berkenaan CH seperti bila teh mula ditanam, bilangan penduduk dan sebagainya.

Lema Dawi menunjukan kapada saya buku nota usang dari poket seluarnya dimana ia menulis fakta dan menyelitkan keratan surat khabar, majalah dsb.

Sebelum puasa tempuh hari nampak gerainya tutup dan sepanduk2 iklan tidak kelihatan. Harap beliau beroperasi semula.



No comments:

Post a Comment