Sireh dan pinang adalah antara makanan (tanaman) asas budaya Melayu. Budaya ini berasal dari pengaruh tamadun Hindu. Ini terbukti dengan evolusi bidalan dalam linguistik.
Muka bujur sireh.
Sireh pulang ke gagang.
(Ewah, Najib ngaku dia Bugis, ibarat sireh pulang ke gagang! Buat malu keturunan).
Pinang dibelah dua.
Tanam pinang biar rapat2, biar senang puyuh berlari.
Setengah abad lalu makan sireh adalah kebiasaan harian. Generasi sekarang tidak makan sireh bahkan yang muda ramai tidak kenal daun sireh. Ada dua jenis sireh yang ditanam, yang berwarna hijau pekat (yang digunakan oleh orang Melayu dan orang Asli), yang berwarna hijau muda (digunakan oleh orang India).
Di perkampungan Melanau, Sarawak, adat makan sireh masa kenduri perkahwinan biasa dipraktikan.

Seni makan sireh - gobek (kiri sekali), bekas2 untuk pinang, kapur, tembakau, gambir dan sireh, kacip. Gobek digunakan untuk menghancur dan lumatkan campuran daun sireh, pinang, gambir, dan kapur. Adakah gambir Sarawak itu sama dengan gambir sireh?
Dah setengah abad ku tidak menggobek!
Dalam lipatan daun sireh (yang dipalit dengan tiga-empat jari kapur ) mengandungi gambir, kepingan pinang sedia untuk digobek atau terus dikunyah. Orang2 tua biasa menggunakan gobek kerana gigi tidak kuat ataupun jarang.
Bila dikunyah, air liur jadi merah menyebabkan mulut dan bibir turut merah. Kalanya air liur diludahkan untuk mengurangkan naik pening. Setelah makan sireh tembakau dibuat sontel diletakan bawah bibir, bahagian atas sebelah kiri atau kanan mulut. Emak saya selalu buat begitu.
Semasa melancung ke Thailand bersempadan dengan Myanmar dan Laos, (Golden Triangle), ku kunyah sireh yang dijual tepi jalan. Rasa sedap, tak pening.
Dua minggu sudah, di Kajang, ku minta budak Rohingya yang jual sireh di kaki lima buatkan spesial. Dia beri percuma dan entah apa dia bubuh. Baru tiga-empat kali kunyah dan telan air liur terus rasa pening. Kunyah beberapa kali lagi dan telan lagi air liur. Bertambah pening dan rasa mual. Ku ludah kesemua yang ada dalam mulut takut muntah dan pening (high?) kuat. Tiga jam selepas itu masih berasa mual2.
Orang Myanmar (Rohingya) menjual sireh di kaki lima restoran sebelah Hospital Ampang, Cheras.