Follow by Email

Saturday, January 7, 2017

TENGGELAMNYA KAPAL FELDA


Shahrir akui telah terima RM1 juta dedak dari Najib. Mudahnya masuk saku 1juta. Orang beri aku ambil katanya. Jawapan itu seperti budak2. 

Mengapa dia mesti buat pengumuman kapada khalayak ramai. Padahal boleh dirahsiakan. Munkin ia perlu berani buat begitu pengakuan untuk menunjukan taatnya kapada Najib tidak berbelah bahagi. Dengan itu diharapkan dapat habuan yang lebih besar. Sah, habuan menjelma sebagai Pengerusi Felda.

Shahrir diibaratkan sebagai saekor kerbau yang telah ditindik hidung dengan kelilkir dan diberi tali. Mahu tak mahu ia terpaksa ikut hala siapa yang pegang tali. Kerbau ini antara yang jinak dalam kandang Najib.

Orang seperti Shahrir timbul tenggelam tabiatnya. Kapal Felda sudah bocor teruk dan akan tenggelam bersama Najib dan Shahrir. 


(rujuk Sakmongkol)

FELDA pinjam RM6 bilion atau lebih dari KWSP. Apa dia buat dengan duit itu? FELDA , melalui FGVH, syarikat 100% milik nya membeli 3 kilang di Amerika kepunyaan Twin Rivers Technologies. Kilang2 ini menghasilkan antara lain lelemak protin.  Pembelian ini hasilnya, FELDA kerugian beratus juta dollar. 

Kilang2 Procter and Gamble ini sudah di mothballed lama. Mothballed ertinya lama sudah tutup dan tidak beroperasi. Ada broker 3 orang melata diseluruh dunia hendak jual kilang2 ini dan diketahui, ada jentera dalam kilang2 ini dibungkus dengan plastik dan tidak lagi beroperasi, tapi FELDA malalui FGV hendak beli jugak. Kenapa? Sebab Najib razak bos kepada bos FELDA mahukan ia terjadi. Sebab boleh dia istihar bahawa Malaysia sekarang memasuki sector bioteknoloji, sector hiliran minyak sawit dan bidang biodiesel.

FELDA beli kilang2 tersebut sedangkan lesen pengeluaran sudah ditamatkan. Ada suatu produk lelemak protein yang konon nya  boleh mengurangkan obesity merupakan satu produk hasil kilang. Apabila kemudiannya, produk ini mendatangkan kesan sampingan negative kesihatan kepada pengguna, Procter and Gamble segera memberhentikan pengeluaran, menyelesaikan compensation dan pertelingkahan2 mahkamah. Bila FELDA beli, lesen pengeluaran produk ini telah ditarik balik. FELDA beli kilang hantu yang tidak boleh beroperasi.

Keadaan bertambah teruk bila pembelian satu daripada 3 kilang itu, FELDA masuk perangkap bohong broker. Apabila transaksi pembelian tamat, broker2 tadi memberitahu bahawa, kilang tersebut telah mengambil grant sebanyak USD7 million dari kerajaan Canada bersyarat kena bina satu kilang pengeluaran biodisel di Canada. Tapi bila siap tidak boleh beroperasi sehingga beberapa pembangunan tambahan dibuat. Kos tambahan ialah USD205 juta.


Sesudah membina kilang tersebut, bos kepada bos FELDA, Najib  kata, diam dahulu - jual kemudian, terpaksa kerana kilang itu tidak feasible . Akhirnya kilang dijual pada RM650 juta. Antara tidak feasible ialah lessen pengeluaran tidak ada. Maka gegak gempita PM najib kata kita sudah jual dan buat untung. Sampai kehari ini, kerugian tersebut disembunyikan.   Atas deal in sahaja sudah rugi RM500 juta.

Masaalah lain ialah lokasi kilang. Ia terletak jauh dari sumber bekalan feedstock yang terpaksa dihantar ke kilang dengan kapal, atau keretapai atau lori. Kilang terletak dibahagian barat Great Lakes sedangkan sumber bekalan feedstock terhimpun di sebelah timur, FELDA memutuskan menghantar bekalan dengan kapal. Great Lakes beku 8 bulan  setahun bermakna tempoh menghantar hanya 4 bulan sahaja.


Broker2 dapat komisyen dari penjualan 3 kilang, mereka telah membeli setiap sorang 5% share dalam kilang yang dijual itu. Kemudian nya, bila FELDA hendak menyempurnakan pembelian, mereka terpaksa membeli 15% milik 3 broker tadi. Broker2 buat duit 2 pusingan. Pusingan pertama ketika berjaya menjual kilang2 kepada FELDA bodoh dan pusingan kedua, dapat duit bila FELDA yang kali kedua bodoh membeli saham miliki  broker2.

No comments:

Post a Comment