Follow by Email

Wednesday, January 25, 2017

MATA TOK PA TERBELIAK


Adakah Si Tapa sengaja kedip2 mata supaya nampak berfikir dan pandai? Samaada tabii semulajadi atau sengaja buat, kedua belah mata beliau akan terbeliak kerna TPPA akan dibatalkan. Mata Najib pun akan terbeliak seperti ikan buntal. Mata Rosmah pulak bertambah sepet. 




Fasal TPPA dibatalkan, Malaysia berterima kasih kapada Trump. Dalam hal2 lain Trump akan terus dengan agenda 'America, the crusader state'. Rakus. Katanya ia akan hapuskan apa yang dilabelkan 'radical Islam' dari muka bumi. Agenda ini lebih menyeluruh daripada 'Islamic terrorists' yang digunakan oleh Bush. Oleh itu lebih merata dunia Islam akan dibedil dan ditindas.

Mustapha ini orang lama dalam UMNO. Walaupun masak dengan mainan dan budaya UMNO tetapi kalah undi PRU dulu. Masih tak sedar diri lagi dengan tanda tersebut. Baik bersara sebelum kapal UMNO dikaramkan Najib. 

Kalau nak hidup mewah dalam UMNO kenalah ikut telunjuk boss tak kira lurus atau bengkok. Ibaratkan lalang, daun melentok mengikut tiupan angin. Angin Najib kuat setengah gila, kenalah merebah kebumi. Kalau diberi dedak  terpaksa meniarap pula.

Ada tersiar orang kuat UMNO kata ikut ketua untuk cari makan. Begitulah hendaknya bila falasafah hidup untuk makan. Berbagai unsur 'makanan' akan dibalun. RM2.6 bilion pun tidak cukup. Hokap dan rakus.

Sepatutnya, amalan yang baik ialah 'makan untuk hidup'. 

No comments:

Post a Comment