Thursday, April 14, 2011

Cukup Ricin untuk perang?

Beberapa tahun dahulu pernah berlaku huru-hara dalam gerabak kereta api di Tokyo - penumpang2 pening dan muntah (ada yang mati?) terhidu gas. Gas mengandungi ricin telah dilepaskan oleh seorang ketua agama (sesat) Jepun. Beliau ditangkap dan dipenjara kerana menggunakannya ricin sebagai biosenjata (bioweapon). Ricin akan mengeluarkan antitoxin yang merbahaya dalam badan.

Bahan kimia ricin diperolehi dari biji jarak castor, Ricinus communis nama saintifiknya. Ia berasal dari Afrika (bukan Amerika Tengah dalam posting terdahulu). Minyak castor digunakan sebagai bahan bakar dan sapu badan pada zaman firaun Mesir dulu lagi.

Kini pokok castor tumbuh meliar dikawasan tropika dan subtropika. Ia tahan lasak dikawasan lapang kurang subur maupun tandus. Harus jarak ini dimaksudkan dalam kata 'padang jarak padang terkukur.'


Kulit buah yang masak berwarna hitam

Kita boleh hasilkan biosenjata ricin dengan murah kerana terdapat banyak pokoknya disini. Tetapi bakanya kurang berhasil dan perlu menjalankan kajian untuk memilih baka yang baik.

Kegunaan biasa minyak castor ialah sebagai pemuntah (purgative) bila keracunan makanan atau kimia. Munkin di India masih digunakan sebagai bahan bakar.

Dari segi komersial castor oil sesuai sebagai pelicin enjin. Pernah Perak bercadang menanam castor secara meluas untuk tujuan tersebut. Kegunaan lain ialah dalam pengeluaran sabun, cat dan memproses kulit.


Castor yang berwarna unggu sesuai digunakan dalam landskap.

2 comments:

  1. Salam,
    Cakap pasal jarak, teringat 'minyak jarak' (kadangkala brocklax) yang ibu saya bagi setahun sekali untuk 'cuci perut'.
    Eeeuw, maung sungguh bau and rasanya!

    ReplyDelete
  2. Sdri Baiti,
    Masa generasi kita dan lampau masalah cacing lumrah kerana keadaan kesihatan keliling dan diri serba kekurangan. Dikampung tak tahu brocklax atau minyak jarak. Itulah sebabnya dulu saya slim!

    ReplyDelete