Dada mesti berisi sebelum merantau kata orang2 dulu zaman datuk nenek kita. Handal orangnya kalau tak lot ( kebal ) senjata atau peluru. Siapa berani menguji ilmunya. Banyak simpan ilmu badan panas. Tiap guru tidak akan menurunkan semua ilmunya kapada murid takut berlaku derhaka. Oleh itu pengetahuan ilmu tidak mengembang malah menguncup. Tabiat ini turut merangkumi lain2 ilmu seperti silat, berniaga, masakan. Ini menjadikan kita tidak progressif.
Pak Itam ada sampaikan ilmu supaya orang suka terutamanya perempuan tetapi tidak saya amalkan. Arwah abang saya, askar ada menuntut ilmu kebal. Memang dia berani berbulan di Betong, sempadan Siam sana, menghendap komunis.
Nah, kalau kelaut menyelam/scuba diving agar tidak dimamah oleh ikan jerung atau ke Tasek Kenyir toman, arapaima mengganas , manalah tau; bacalah:
Bismillah …
Tabbadyada …
Kunci hati engkau
Kunci mulut engkau
Kunci tangan engkau
Kau tak boleh kata dengan aku
Kau derhaka dengan Allah
Bukan aku punya kunci
Wa tab.
Kalau ditujukan kapada binatang membaham atau manusia menggigit(!) tak pasti ilmu itu jalan atau tidak. Pokoknya yakin dan tawakkal dengan Allah.
Ilmu kunci mulut itu tak perlu saya amal dalam berjinak dengan ikan tilapia kerana ia tak sebesar mana. Hanya terkena sirip belakangnya yang tajam sahaja.
Tangki disusun bertingkat kerana halaman rumah sempit
Tilapia yang besar hasil ternakan dalam kolam bekas lombong.
Dah buat bbq. Ikan potong tiga dan dilangir dengan kunyit dan garam. Sedap boleh tahan.
Menggunakan jaring untuk menangkap tilapia. Ikan akan dimasukan dalam beberapa tangki berisi air serta saluran udara diatas lori untuk dipasarkan. Harga ex-kolam RM3.80/kg
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment