Follow by Email

Tuesday, July 19, 2011

KU TEMPAYANKA DIA

Semenjak ribuan tahun dahulu manusia primitif telah pandai membuat tempayan dan lain2 perkakas daripada tanah liat.


Sekitar 5,500 tahun dahulu penduduk2 Gubla (sekarang Jbayl), dipersisiran pantai Lebanon telah memasukkan mayat dalam tempayan dan ditanam dalam tanah.







Perdagangan pra-sejarah dari China ke selatan dan Nusantara bermula sekitar 700 A.D.(Masihi) dan tempayan dan lain2 buatan tembikar adalah antara barang dagangan yang bertukar tangan (barter).


Di Sarawak, dahulunya ada etnik2 tertentu menggunakan tempayan menyimpan mayat atau tulang2 si mati. Newington (1961) "... In 1912 I came across one of the last Tabuns, a dying race ... The old chief had died and they had him sitting in a large jar, the neck of which had been removed. He was squatting with his knees up to his chin, - what was left of him, - and had been dead for weeks ..."




Kerajaan Gangga Negara dipercayai telah wujud sekitar abad ke-2 Masihi dan telah dimusnahkan oleh serangan Rajendra Chola I dari Coromandel, India kira2 1025-1026 mengikut ahli2 sejarah.

Sejarah Melayu yang ditulis awal kurun ke-17 "... maka Raja Suran pun sampailah kepada sebuah negeri, Gangga Negara namanya, Raja Gangga Shah Johan nama rajanya. Adapun negeri itu di atas bukit ... ada sekarang kotanya di darat Dinding, ke sana Perak sedikit ..."


Beruas telah ditakluki Melaka dan Raja Beruas apabila mengadap Sultan Mahmud Shah (1488-1511) telah diberi gelaran Tun Aria Bija Diraja.


Hujung minggu sudah dalam perjalanan ke Taiping berhenti seketika di Beruas apabila terlihat bangunan (pejabat lama, papan) muzium. Terdapat banyak artifak dipamerkan termasuk tempayan.

Muzium Beruas



Zaman moden sekarang harus tidak ada lagi adat menyimpan mayat dalam tempayan. Kalau ada hanya menyimpan debu si mati dalam tempayan kecil.


Perak terkenal juga dengan produk tembikar. Tempayan yang keluarkan oleh kilang berbagai bentuk dan warna, bernilai komersial dan di eksport.


Tempayan digunakan untuk hiasan dalaman atau luaran (lanskap, waterfall effect), menyimpan air dsb.


Untuk memaksimakan penggunaan kawasan halaman yang tidak luas menanam pokok buah2an tertentu seperti mangga, limau manis/kasturi, ciku, amra, jambu atau bunga2 dalam tempayan (besar) adalah sesuai dan menarik perlanskapan. Ku tempayankan dia.



Oleh kerana keadaan sempit, pertumbuhan pokok dalam tempayan lambat dan seterusnya tidak membesar seperti ditanam atas tanah. Dengan itu tempayan boleh diletakan dekat2 supaya rimbunan daun memberi keredupan halaman.

Biji-benih jenis bunga kecil seperti periwinkle, marigold, button maupun sayuran (maman, kacang panjang dsb) boleh ditabur di sekeliling permukaan  temapayan.

Rumput dicabut seminggu sekali dengan mudah.


Tips:
1. Tanah yang sesuai digunakan biar bergembur (tidak membatu bila kering) dicampur dengan bahan organik seperti tahi ayam.

2. Tanam baka cantuman (yang baik) kerana ia tidak membesar sangat dibanding dengan tanaman dari biji.

3. Penyiraman pada musim kering ini perlu tiap hari, musim hujan boleh seminggu sekali bila ada kekeringan. Saya gunakan air kotoran ikan peliharaan dalam tangki untuk menyiram - ada baja dan dikitar semula tanpa membazir.

4. Kalau ada sarang kerengga pada pokok campakkan sarang dalam tangki untuk makanan ikan untuk bahan protein!

No comments:

Post a Comment