Follow by Email

Monday, July 4, 2011

NAK KU BELAJAR JUMPA MENTERI

Tiap hari Ahad dari awal pagi hingga tengah hari ada flea market di bandar Ipoh. Oleh keran sudah lama tidak menjengok, pagi tadi kesempatan pergi dan membeli beberapa buku lama dengan harga murah. Buku kecil 72 muka ditulis oleh Mansor Sanusi ini diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas. Tahunnya tidak disebut. Dibeli dengan harga 50 sen dan harga asal  $1.00.


Terkandung 21 karangan (pelajaran) pendek diikuti dengan soalan2 dipenghujung karangan. Yang menarik ialah Pelajaran 12, Si-Peladang dengan Dato' Menteri.

Tajuk itu memberi pengajaran kerana tak ku bawa durian kapada menteri bila hendak jumpa mereka. Sudah tiga menteri hendak saya jumpa dengan tujuan tertentu tetapi  tidak berhasil. Apa lagi sudah menjadi peladang selepas bersara ni.
Episod 1. Memandangkan keadaan padi-beras negara yang kian meruncing SAVE teruja menyerahkan memorandum serta dilampirkan dengan kertas-kerja  kapada Menteri Pertanian (dahulu) melalui Setia Sulit Kanan, Mohd Sukor Abd Manan pada Oktober 2007 (lihat dibawah). Serta saya hadiahkan sebuah buku bibliografi pertanian kapada beliau.

Selain daripada itu ada berbincang dengan Pegawai Khas Kementerian, Dr Noor Soeraya Norsham berkenaan penajaan buku bibliografi padi yang hendak diterbitkan.

Hingga hari ini tidak ada jawapan, apakan lagi temujanji dengan menteri. Bermakna memorandum dan cadangan tidak disampaikan kapada menteri.

Episod 2. Surat saya (2010) kapada Alyas Hj Amir, Setiausaha Peribadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk mengadakan temujanji dengan menteri tidak berjawab.

Episod 3. Kerana ingin menyumbang kepakaran saya hendak jumpa MB Perak melalui Setiausaha Sulit Kanan, Rashidi Ibrahim untuk buat temujanji. Tidak menerima jawapan. Saya hadiahkan buku bibliografi pertanian kapada beliau juga. Ada dia minta buat kertas kerja untuk melatih belia menganggur tetapi saya  katakan supaya menggunakan pelbagai institusi latihan dan infra yang sedia ada.

Kesimpulan: Pegawai setiausaha tidak mengamalkan keterbukaan pejabat menteri. Mereka cukup sibuk, tidak hendak disibukkan lagi walaupun dengan idea lain.


Memorandum kapada Menteri:
2 Oktober 2007


YAB Tan Sri Muhyidin Yassin
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Pejabat Menteri
Aras 17, Wisma Tani
No 28, Persiaran Perdana
Presint 4, 62624 Putrajaya


Yang Amat Berhormat Menteri,
Per: Memorandum untuk Menubuhkan Agensi Khas Penyelidikan Padi dan Beras Malaysia
Merujuk perkara diatas kami dari pihak Sustainable Living Institute (SAVE) ingin mengemukakan memorandum kapada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar mengambil langkah untuk meningkatkan teknologi dan logistik kesemua aspek pengeluaran, pemprosesan, pemasaran padi dan beras negara secara menyeluruh digembelingi oleh satu agensi/institusi/lembaga ditubuhkan khas memajukan sektor padi dan beras.
Strategi menubuhkan agensi khas di jangkakan lebih berkesan untuk mencapai matlamat pengeluaran beras negara mencukup 100% mahupun lebih. Kita mengambil contoh tanaman seperti getah, kelapa sawit dan koko yang telah pesat maju selepas diwujudkan institusi penyelidikan atau lembaga masing-masing.
Diunjurkan bahawa daya pengeluaran negara-negara pengeksport beras akan berkurangan kerana bilangan dan keperluan penduduk sentiasa meningkat. Tanaman padi pula menghadapi cabaran dalam ekosistem dari aspek iklim, kesuburan tanah, pencemaran, pengairan, banjir, musuh dan lain-lain faktor yang kian meruncing dan tentu akan mengurangkan kadar hasil dan keluasan tanaman padi. Dalam keadaan tersebut Malaysia
tidak seharusnya bergantung kapada import terutamanya untuk keperluan generasi akan datang.
Bersama ini dilampirkan juga hujah-hujah dan maklumat-maklumat lain yang berkenaan agar memorandum ini mendapat perhatian dan tindakan dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sekian dan terima kasih.


Yang benar,

(signed)
Sustainable Living Institute (SAVE)

No comments:

Post a Comment