Follow by Email

Sunday, July 15, 2012

TAKSUB SONGSANG, JIN DIPUJA

Tidak beberapa lama dahulu ramai orang Melayu perlu 'dada berisi' terutamanya kalau menjadi ketua atau perantau. Maksudnya, berguru menuntut ilmu kebathinan untuk pelbagai gunaan. Yang menimbulkan masaalah besar adalah bila guru ajaran songsang memuja jin atau  terkeluar daripada aqidah Islam.  Tragedi taksub songsang Mona Effendi, dan tragedi Bkt Rokan dimana kepala dikerat amat mengerikan berlaku kerana jin dipuja.

Ada kenalan, sudah puluhan tahun menuntut ilmu. Pada mulanya secara sambilan belajar dan mengamal ilmu pendinding perniagaan dan menjaga diri. Kemudian ia mendampingi guru dari Muar yang banyak berwirid bersama pengikut2nya pada malam hari. Ramai dari jauh pergi kerumahnya untuk berubat buatan orang, masalah keluarga, perniagaan dsb. Ia meninggal dunia 10 tahun sudah.

Bila anak mudanya mengambil alih, ajarannya songsang kerana menggunakan jin. Kenalan menjadi taksub kapadanya. Kereta diberikan kepadanya, duit entah berapa puluhan ribu dia dapat, rumahnya bertambah besar. Seolah apa yang dia pinta dapat. Pernah ia pinta tangan anak dara kenalan. Kenalan tersentak dan marah untuk beberapa ketika tetapi berbaik semula. Keluarga yang tidak mahu mengikut ajarannya dilaga-lagakan dan benci-membenci.

Anak2 kenalan kini sudah graduan dan bekerja. Mereka sedar atas ketaksuban bapa (dan ibu) tetapi mereka masih kuat terpengaruh dan menganggap anak2 yang salah. Pernah saya sergah kenalan tetapi ia mengaku ia tidak syirik. Malah ia mengaku lebih kuat agama daripada saya. Ia sudah lama jatuh sakit. Ada kalanya sampai kehujung nyawa baru mahu kehospital kerana berkuat minta gurunya mengubatkan.

Mengapa tidak syiriknya?
1. Kenalan boleh nampak ibu dan bapa di alam baqa berpakaian koyak rabak. Ada katanya bapa bermain bola.
2. Mahligainya sudah ada dalam syurga dan boleh membawa keluarga bersama.
3. Dia boleh pergi/mati bila2 masa kerana nyawanya dia sendiri rancang.
4. Guru mengaku ia boleh masuk kelongsong Nabi Muhamad saw


Pihak agama maklum atas banyak tempat dan ramai pengikut2 ajaran ilmu songsang. Ayah Pin dan terbaru Khalil misalnya. Membenteras dan menangkap pengikut ajaran sesat perlukan bukti hinggakan ada ustaz terpaksa menyamar sebagai pengikut. Walau apa pun pihak agama, polis, masyarakat perlu jalankan strategi dan usaha menangani gejala ajaran sesat bertentangan dengan aqidah.

1 comment:

  1. Cara guru memasukan jin dan mentaksubkan lagi ialah menggunakan air kotoran kuku, rambut dll yang dijampi dan diminta pengikut minum - kata ustaz yang pernah menyamar mengikuti ajaran songsang.

    ReplyDelete