Follow by Email

Friday, September 14, 2012

MUHYIDDIN, AKU LEMBU TUNGGANGAN



Aku dilembu tunggangkan oleh skim cepat kaya. Ceritanya
begini.

Kampung ku tidak jauh dari Gemas dimana NFC mengendalikan ladang lembunya.  Dulu banyak cerita peluang busines membela lembu di Gemas. Ada skim peserta boleh pajak10-20ekar, dipinjamkan modal dan beberapa ekor lembu untuk diternak - mengikut kata anak buah yang berminat.


Kemudian ada pula anak buah jadi agen minta melabur dalam syarikat membela lembu (secara virtual) dengan membeli saham.


Tiap saham RM7000 bersamaan sekor lembu. Pulangan anggaran RM1500/tahun. Isteri saya beli 1 saham dan adiknya 3 saham. Surat perjanjian ditandatangani. Ladangnya di Pahang.


Yang menglembukan kami kelakar jugak mereka tu! Lihat gambar pada kad hari raya yang diterima (atas dan kiri).

Untuk tiga tahun permulaan ada pulangan selepas itu cakboliau!  Kami rugi dalam RM2,500 tetapi adik ipar lebih banyak.

Malaslah nak kejar mereka tu. Duit haram tak kemana.

Siapa hantunya yang bertanggung jawab meluluskan projek mega NFC RM250juta? Tiada yang mengaku. Kerajaan pun membisu. Kalau di negeri Jepun sudah ada harakiri kalau tidak pun balik kampung tanam kacang. Sebab itulah mereka maju. Malaysia Boleh!

NFC projek bermula zaman Muhyiddin, Menteri Pertanian. Semasa saya hendak menyampaikan memorandum berkenaan padi kapada dia melalui PAnya tersualah dengan si Salleh tu. Wah, nampak gondok senyumnya tapi setakat greetings sahaja.

Berkenaan memorandum tu, tak kesampaian kerana tidak ada maklumbalas. Malaysia Boleh!

Aku dilembu tunggangkan dan rugi sedikit. Muhyiddin dilembu tunggangkan hanya tercalar imej. Negara rugi jutaan. Malaysia Boleh!

Biarkan si Labu dengan lembu kondonya!!

No comments:

Post a Comment