Sunday, February 23, 2014

APA KITA PATUT TAHU FASAL MALTA?


Pulau Malta terletak di pertengahan Laut Mediterranean selatan kapada Greece. Ia merupakan lokasi strategik untuk kapal2 yang lalu berdagang atau berlabuh untuk bekalan, berehat, dan dibaik pulih.

Dalam era Perang Salib, Malta seperti jua Sicily telah jatuh dari pemerintahan Arab ketangan kristian. Pulau itu kemudian diagihkan kapada Knight of Hospitaliers pada tahun 1530. Mereka telah mendirikan kubu yang sukar ditembusi. Walaubagaimana pun maritime Ottoman dapat mengalah dan mengusir Knights of Hospitaliers dari kubu St. Elmo mereka pada tahun 1565.

Knights of Hospitaliers dan Knights of Templars merupakan wira2 Katolik yang melindungi para jemaah Kristian mengunjungi Jerusalem. Mereka juga menjadi soldadu upahan raja2 salib yang memerintah kawasan taklukan mereka sekitar Lebanon, Syria dan Israel sekarang ini. Dengan upahan, habuan dan rompakan mereka menjadi kaya raya dan ditakuti pemerintah. Oleh itu raja Perancis terpaksa mengharamkan Knights of Templars dan membunuh hampir kesemua wira2 tersebut dalam satu helah pertemuan yang dirancang.


Di ibukota Malta, Valletta masih terdapat kubu ketinggalan Hospitaliers.

UPM telah menandatangi persefahaman dengan Malta beberapa tahun lalu sebelum kacau bilau di Timur Tengah. Tetapi adakah berbuat begitu dengan negara2 Islam berdekatan seperti Syria, Jordan, Iraq, Lebanon dll.? Keadaan masih tidak mengizinkan mana2 pihak universiti di Malaysia berkerjasama teknikal dengan negara2 Arab dan patut bersedia membantu mereka apabila keadaan menjadi aman.

No comments:

Post a Comment