Follow by Email

Monday, May 18, 2015

AHJIB, THE CASH KING



"Malangnya, kerana tumpuan kita pada berbagai jenis bidang perjuangan, khususnya ekonomi dan pendidikan, secara terpisah dari ilmu sejarah bangsa dan nilai-nilai murni dalam ugama kita maka kejayaan kita dalam bidang pelajaran telah membuat manusia yang dulunya mencuri telor ayam kini sudah pandai mencuri khazanah dan kekayaan negara.
Manusia yang dulunya bersyukur kepada Allah swt apabila mendapat sesuatu nikmat kini mendabik dada kerana kepandaiannya.
Bagi manusia yang sudah tidak terjajah lagi, tidak mengenal kemiskinan, berpendidikan pula, lalai mengerjakan fardhu ainnya dan berbudaya barat, maka, oleh kerana yang ada padanya hanyalah wang, maka untuk menawan hati rakyat ringgitlah yang dapat disumbangkan..
Dari keadaan beginilah muncul idea 'Cash is King' atau 'Wang itu Raja.'
Tetapi, kita janganlah lupa bahawa dalam konteks 'Cash is King' inilah juga terbawa erti 'The Nation is for Sale' to the highest bidder."

~ Sanusi Junid blog ~

No comments:

Post a Comment