Wednesday, June 17, 2015

ANGAN MELAKA LADANG KURMA


Pokok kurma memang asalnya di padang pasir kering kuntang di kawasan Timur Tengah kemudiannya  merebak merata tempat melalui  pertanian tamadun manusia. 



Kurma menjadi tumbuhan utama di lembah wadi atau oasis memberi perlindungan dan makanan kapada pedagang atau yang bermastautin.


Buah kurma yang baru dipetik dan dipasarkan (Lebanon).

Pokok kurma sarat dengan tandan2 buah.

Pokok kurma digunakan untuk lanskap tepi jalan besar (Saudi Arabia).

Tanaman kurma secara komersial menggunakan peparitan air (USA).

USA telah menubuhkan pusat penyelidikan kurma di Indio, California semenjak tahun 30an. Baka2 terbaik dikumpul dari merata tempat terutama dari Timur Tengah dan mereka menghasilkan baka baru termasuk melalui tisu didik. Kini terdapat kurma USA dalam pasar antarabangsa.

Di Malaysia terdapat pokok2 kurma ditanam sebagai pokok hiasan biasanya dikawasan masjid. Pokok kurma ada jantan dan betina dan bila ditanam sepokok-dua ia tidak berbuah kerana tiada persenyawaan. Pernah pokok kurma di Baling dan Muar misalnya berbuah. 

Terdapat kawasan kering berpanjangan 3-4 bulan dan tanah berpasir seperti di Perlis dan Melaka difikirkan sesuai. Jabatan Pertanian Melaka menyatakan untuk menubuhkan kebun kurma. Beberapa perkara perlu diberi perhatian:

i. Pokok kurma makan masa panjang untuk berbuah, 10-12 tahun.
ii. Mengguna baka yang tidak terpilih, hasilnya rendah dan kurang kualiti. Dari mana hendak dapatkan baka terbaik?
iii. Benih dari biji yang ditanam tidak tentu berbuah dalam iklim mikro tempatan. 
iv. Untuk menggunakan tanah sepenuhnya sementara kurma berhasil perlu ada tanaman selingan yang menguntungkan.
v. Buah kurma mudah dapat dalam pasaran di Malaysia. Berbagai jenis kurma import dari banyak negara.
vi. Pokok kurma sesuai untuk landskap terutama dalam kawasn masjid, pejabat kerajaan, tepi jalan raya dalam bandar.

Untuk makluman SAVE ada benih kurma dari semaian biji - tidak banyak. 

No comments:

Post a Comment