Wednesday, January 6, 2016

OGHANG BIDUANDO NAK GOLA DATUK

(rujuk TT)

APA SALAH

PADUKA BAGINDA

SULTAN MELAKA?


Raja report, Rani Kulup diangkut ke balai


GOMBAK - Raja report, Abdul Rani Kulup Abdullah ternyata tidak kebal daripada tindakan undang-undang apabila beliau sendiri 'diangkut' pihak polis kerana anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diterimanya, baru-baru ini.

Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai 'ayahanda' pada mulanya mahu memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di sebuah restoran India muslim di sini, 
bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.

Beliau yang dibawa menaiki sebuah kenderaan polis jenis Proton Preve berwarna perak diiringi sebuah lagi kenderaan sama.

Sebelum ini, Abdul Rani menerima anugerah membawa gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka daripada ahli perniagaan, Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.


Close-up Sultan Melaka


Close-up Datuk Rani Kulup



Ehem, klu Hisham oghang Biduando tu dapek Datuk Paduka Mahkota Melaka, den oghang suku Munka nak jadi datuk juo.

Yolah, datuk/dato' melampoh, yang penipu pun dapek. Macam pangkat tu tak bohargo. Macam main2 sajo.  

Den tak ponah tipu bosar, kampong pon sompadan Melako. Bukan nak bonar jadi datuk, tapi kalau boghi apo salah heh! Gondok lah.

Ya ampoon Tuanku.


n.b. Ado oghang angkat diri jadi Tengku sobolom tu biaso jual carpet jo!

Topikir pulak nak mengadap Sultan Sulu, tapi jauh. Dio pon buleh boei datuk.

No comments:

Post a Comment