Tuesday, February 28, 2017

GST GASAK RM39B, BR1M BAGI RM6.8M


(ubahsuai: The Scribe A Kadir Jasin)

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan sahkan kepada Badan Penyiaran British (BBC) yang MO1 itu adalah Najib.

Abdul Rahman tunjuk Najib sebagai MO1

Rahman tentu berasa ghairah ala celebriti bila diwawancara oleh BBC hingga mulut terlajak mengesahkan siapa dia MO1. Akibatnya, Rahman kini telah dilenyapkan entah kemana! 

Tahun lepas 7.2 juta orang minta BR1M tapi tahun ini 8.2 juta.  Naik satu juta orang. Maksudnya dalam masa 12 bulan sejuta orang rakyat jelata kita jatuh ke dalam bakul kemiskinan 1MDB.



"Kutipan GST tahun 2016 kira-kira RM39 bilion. Bilangan isi rumah di Malaysia 6.35 juta. Jadi bayaran purata GST setiap isi rumah kira-kira RM6,141 setahun. 

“Ini anggaran kasar sebab perniagaan pun bayar GST. Saya tidak tahu peratusan GST yang dibayar oleh pengguna dan perniagaan."


BR1M dijangka akan dinikmati oleh tujuh juta penerima dengan jumlah besar RM6.8 juta. Maksudnya apa yang dibagi sebagai BR1M hanyalah sebahagian kecil saja daripada beban GST yang ditanggung oleh rakyat jelata. Kerajaan kutip RM39 bilion tapi bagi balik RM6.8 juta. 



Orang tak percaya kepada kita pasal Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) kata, MO1 (Malaysian Official 1) atau Pegawai Nombor 1 Malaysia adalah seorang kleptokrat. (Kleptokrat dari bahawa Greek yang bererti pemimpin yang curi duit negara dan duit rakyat jelata).

Jadi DoJ guna KARI - Kleptocracy Asset Recovery Initiative - untuk rampas duit 1MDB yang kleptokrat curi.

Monday, February 27, 2017

OLD KUCHING, BROOKE TIMES













Jetty by the wharf.




The Square Tower in the background. Boats on the river during a festival.



Across the river of Kuching town.

Thursday, February 23, 2017

MAYHEM, MAYHEM MALAYSIA


1. A failed Nottingham Univerity student as PM of Malaysia. 

2. A PM who set up a rouge 1MDB investment to siphon out billions. 

3. RM2.6billion went into his private bank account and bullshitting that it was a donation. 

4. GST and spiralling of cost of living.

5. An international pariah  PM who dare not step onto the soils of Mongolia, Cayman Island, Singapore, USA, Switzerland, UK, Hong Kong, Australia (Sirul waiting), Bangladesh (promise broken), Geneva (PBB). 

5. Malaysia, a hotbed of mysterious incidents:
a) Scorpene kickback
b) Altanthuya C4-ed
c)  Mysterious deaths - Nazali, Bala, Khalil …
d) Disappearance of MH370 
e) MH711 downed by a missile
f) Murder of Jung-Nam

6. Malaysia, a playground for secret operatives of many countries (N. Korea, S. Korea, USA, Israel, Singapore, China, Russia …) plotting, killing.

7. IS cells in our midst. 

8. Too many Menteri bangangs.

9. Selective arrest of corrupts. The biggest fish is made free by AG.

10. Governance shift from democracy to authoritarian to dictatorship.


Sunday, February 19, 2017

IS YOUR TEA OOLONG?







Papua New Guinea

Java

Sri Lanka

India


Cameron Highlands



Tuesday, February 14, 2017

PBT PENGKHIANAT BUKAN LGBT


Siapa dia Bapak PBT? Orang Bugis Pahang atau Bangsa Johor?


Chedet:

2. Walaupun bodoh tetapi laporan polis yang dibuat berjaya menarik perhatian kumpulan yang pekak, buta dan tuli (PBT). Saya akan membuat penjelasan yang lebih panjang dan mempamerkan fakta-fakta berkenaan projek ini apabila saya dihadapkan ke mahkamah.

3. Yang saya hairan ialah kenapa orang PBT ini tidak report kepada polis akan laporan dalam beberapa akhbar oleh Bloomberg, sebuah agensi berita berkenaan ekonomi.

4. Besar kemungkinan puak PBT ini tidak baca, atau kalau baca sekalipun tidak faham. Yang dilapor oleh Bloomberg lebih dari yang saya sebutkan dalam ucapan saya.
6. Saya syorkan NGO-NGO ini membuat lawatan ke Forest City untuk melihat dengan mata kepala sendiri keadaan di Bandaraya berkenaan. Cuba sahkan penduduk dan pembeli bangunan-bangunan di sini terdiri dari orang tempatan, terutama orang Melayu.

7. Sahkan juga bahawa tanah ini disewa dan bukan dimiliki kekal seperti yang tertulis di papan tanda yang didirikan dan siaran kepada bakal pembeli dari Cina.

8. Dahulu, di waktu kita kurang bijak, Singapura telah dijual ke British. Sekarang ini Singapura menjadi negara asing yang tidak mungkin dikembalikan kepada Johor.

9. Penjualan tanah untuk dibangun dan diduduki oleh orang asing selama-lamanya tidak banyak berlainan dengan penjualan Singapura.

10. Malangnya PBT tak mungkin faham implikasi penjualan tanah Johor ini. Jauh sekali dari menyamakannya dengan Singapura.

11. Nasib baik lebih ramai rakyat Johor yang boleh faham tentang masalah penduduk asing yang akan berada di Johor selama-lamanya. Tidak ada mana-mana negara di dunia yang sanggup menerima kemasukan ramai orang asing ke negara mereka.

12. Amerika dengan penduduk seramai 325 juta pun menolak kemasukan orang Mexico dan oleh Trump, orang Islam.



14. Jika majoriti rakyat Johor menolak Forest City dengan kemasukan orang asing, pendirian mereka tidak sedikitpun berbeza dari pendirian bangsa-bangsa lain terhadap kemasukan beramai-ramai orang asing untuk tinggal di negara mereka.

15. Sesungguhnya NGO-NGO ini mengkhianati bangsa dan negara kerana menyokong penjualan wilayah di Malaysia kepada orang asing yang akan mendiri bandar-bandar mewah diduduki dan dimiliki selama-lamanya oleh mereka.

Monday, February 13, 2017

OLD STREET SCENES - KUALA LUMPUR



Kuala Lumpur, 1882. Row of atap-roofed wooden where the Government Secretariat was built.

Picture taken in 1895 showing the Government Secretariat under construction.


Second Selangor Club built in 1889, 'Bluff Hill" in the background.


Leboh Pasar Besar Lama built in 1880.


The view showing Jalan Petaling on the left and Jalan Bandar (High Street) on the right.

The building on the right was the Chow Kit Department Store of early Kuala Lumpur.

Vehicles on Jalan Mountbatten (formerly Jalan Java) during flood, 1926.

MELAYU DICINA BUTAKAN


The Scribe A Kadir Jasin:

Bandar Malaysia di tapak pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur dan Forest City di Johor adalah dua metropolis China terbesar di dunia.

Forest City boleh menampung 700,000 penduduk dan Bandar Malaysia yang asalnya milik 1MDB akan menjadi bandar bawah tanah buatan China yang terbesar di dunia dengan nilai kasar pembangunan (GDV) RM150 bilion.


Adakah kita serah bulat-bulat kepada selera besar China dengan melacurkan negara kita kerana kita kemaruk duit atau kita bertindak secara terhormat selaras dengan kedudukan kita sebagai negara merdeka?

Perlukan kita memberi taraf pemilikan tetap (freehold) kepada hartanah yang sedang dibangunkan oleh China macam di Forest City sedangkan kepada rakyat jelata kita sendiri kita makin utamakan pajakan 99 tahun?

Kita tahu Perdana Menteri Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, Mohd Najib Abdul Razak sedang kelemasan akibat hutang 1MDB lebih RM50 bilion dan sedang mencari sumber kewangan baru bagi membiayai kegiatan politiknya.

Tetapi apakah sampai menjadikan Malaysia negara sundal dan gundik kepada negeri China?

Ini bukan isu emosi atau cauvinisme tetapi realiti geopolitik di mana China sedang membina sfera politiknya sendiri bagi melawan Amerika, India dan Eropah dalam perlumbaan menguasai sumber mentah dan pasaran.

Apakah kita akan membiarkan Najib dan konco-konco beliau mengorbankan dasar berkecuali dan bebas kita semata-mata untuk mencari duit bagi menimbus bangkai 1MDB yang beliau sendiri cipta?



Chedet:

7. Sahkan juga bahawa tanah ini disewa dan bukan dimiliki kekal seperti yang tertulis di papan tanda yang didirikan dan siaran kepada bakal pembeli dari Cina.

8. Dahulu, di waktu kita kurang bijak, Singapura telah dijual ke British. Sekarang ini Singapura menjadi negara asing yang tidak mungkin dikembalikan kepada Johor.


9. Penjualan tanah untuk dibangun dan diduduki oleh orang asing selama-lamanya tidak banyak berlainan dengan penjualan Singapura.

Wednesday, February 8, 2017

JAMAL - SENJATA MAKAN TUAN


Jamal sebelum ini terkenal sebagai Jamal Ikan Bakar tetapi kini sebagai Jamal Baju Merah. Dalam kedua2 aspek nampaknya beliau berjaya mengukir nama. Tentu dia mempunyai sifat individu tersendiri serta kreatif. 

Ada gila2 bahasa cara Jamal ni. Apa tak, bila masaalah air di Selangor, dia sanggup pakai towel smabil  bawa sabun dan berus gigi nak tumpang mandi di Pejabat MB!

Mengetahui personaliti Jamal, UMNO telah mengambil kesempatan menggunakan Jamal untuk menentang unjuk perasaan baju kuning. Jamal mudah dapat ramai pengikut. Dia banyak dapat duit dari pemberian kawan2 termasuk (dedak) Najib agaknya.

Jamal tidak mempunyai herd mentaliti seperti kebanyakan ahli UMNO. Dan dia boleh buat serba serbi suruhan UMNO tetapi tidak dicalunkan sebagai ahli parlimen tempoh hari. Satu tamparan. 

UMNO tidak suka ahlinya buat berlebihan keluar dari landasan statu quo kerana takut rock the boat yang kini sudah pun bocor. Ramai apacai dalam keadaan paranoia. Imej kena jaga. Senjata sudah makan tuan.

UMNO tidak tempat lagi dalam hierarki dan perlu disisihkan.  UMNO tidak mempertahan Jamal bila dituduh mencuri peralatan kedai dan ditahan polis selama 5 hari. 

Jamal sedar kedudukanya dan baik berundur dengan hormat. Dia kini bebas untuk membuat apa yang dia suka. Dendamnya seperti api dalam sekam. Tup2 dia masuk parti pembangkang! 

Tuesday, February 7, 2017

KAMBING KORBAN NAJIB - ANNUAR DAN JAMAL


Masa Mahathir dahulu, Annuar antara lineup up-and-coming. Ia diharapkan dapat merampas Kelantan daripada PAS. Beliau pernah jadi Menteri Belia dan Sukan, dan Menteri Kemajuan Luar Bandar. 

Najib mahu simpan Annuar, bukan sebagai menteri, memadai dengan Pengerusi Perhubungan UMNO. Bukan Annuar dulunya pilihan Mahathir!

Walaupun portfolio Annuar telah diperkecilkan tetapi masih mahu berlagak sebagai menteri. Sebagai pengerusi MARA dia fikir boleh seleweng duit untuk bola. 

Hairan TMJ lebih tahu hal ini padahal MARA adalah dibawah kementerian Ismail Sabri! Implikasinya: i) Annuar tidak akur tatsusila perbelanjaan Kementerian, ii) Ismail tidak memantau perbelanjaan Kementerian, iii) TMJ ingin bersihkan arena bolasepak dan Annuar tidak layak sebagai Presiden FAM kiranya dilantik.

Ismail kata dia tidak tahu menahu penyelewengan duit MARA untuk KAFA dan akibahnya Annuar digantung jawatan sebagai Pengerusi MARA.  Dengan berkata begitu Ismail ingin menunjukan ada arahan dari pihak atas. Najib terpaksa berkata "let the law takes its process".

Najib bergelumang dengan tahi (1MDB). Kerana hendak bersihkan diri (dan UMNO) dia perlu menunjukan kesungguhannya kapada rakyat. Kononnya. Najib perlu bikin sendiwara dan kontroversi dengan kerap supaya 1MDB tidak terus menerus hangat.

Annuar dan Jamal adalah kambing korban. Akan ada lagi mangsa2. Dialam paranoia, sesiapa tidak boleh silap langkah, ia akan jadi alasan untuk dikambing hitamkan.

Friday, February 3, 2017

MO1'S BOMBARDIER JET SEIZED


It's no wonder Najib dare not use his private jet. His holiday trip to Brisbane was on official plane.

The net is closing on the Cash King.


MO1's Bombardier Jet Bought By JoLo With Money Stolen From Malaysia.                                                       JET GLOBAL 5000 N689WM HAS BEEN IN A HANGAR IN SINGAPORE SELETAR AIRPORT WITH A RED NOTICE PASTED ON IT'S DOOR FOR THE PAST TWO WEEKS AND COUNTING.ONE BOMBARDIER GLOBAL 5000 JET AIRCRAFT, BEARING MANUFACTURER'S SERIAL NUMBER 9265 AND REGISTRATION NUMBER N689WM, ITS TOOLS AND APPURTENANCES, AND AIRCRAFT LOGBOOKS. The Unites States of America brings this complaint against the above-captioned assets and alleges as follows : PERSONS AND ENTITIES 1. The plaintiff is the United States … 


(Syed Akbar Ali at OutSyed The Box)

Wednesday, February 1, 2017

ZAHID MESTI DIPENGGAL


Kapal UMNO kian dilanda gelombang paranoia. Anak2 kapal bertambah berkecelaru. Tidur malam tak lena. Ramai menunggu masa sesuai hendak terjun selamatkan diri tetapi pelampong2 dipegang oleh Nakhoda Najib. Pada Najib, walau apa2 pun terjadi Bugis mesti hidup.


Dalam inferno paranoia, masing2 takutkan bayang2 sendiri. Tetapi yang mereka takut sekali ialah bayang Najib. Dalam gelap pun ada bayang inikan waktu siang. Najib ada terasa takut juga dengan bayang2 anak buahnya yang ramai. Siapa akan belot, siapa yang boleh dipercayai?

Sebagai orang kanan Najib percaya pada Hishamudin, sepupunya. Blood is ticker than water. Sebagai Menteri Pertahanan, Hisham tanpa berbelah bagi akan letakan pertahanan dibawah perintah Najib kiranya ada darurat.

Ada tanda2 TPM Zahid sebagai naik tauchang. Maklumlah dia ada PhD, Najib tidak tamat Northingham. Mesti Najib terasa inferioriti.

Zahid telah mengistiharkan negeri baru, Bagan Datok dan meminta rakyatnya padu sokong Najib 101%. Ada retak dimana2 kah sampai hendakan sokongan orang kampong?

Tanpa kajian menyeluruh Zahid nak bawa masuk 2 juta Bangla. Apa justifikasi perangkaan dan unjuran pekerjaan yang digunakan? Kalau 1 Bangla bayar RM1000 deposit sahaja sudah terkumpul RM2 bilion! Itu baru deposit. Kalau masuk lain2 bayaran, levi, undercounter dsb tentu banyak bilion lagi masyuk! 

Dalam perancangan tentu sudah sedia groundwork untuk bawa 2 juta pekerja. Ia perlu penglibatkan network yang luas - saudara-mara, kuncu2 dan pengikut2 UMNO, agensi2 pekerjaan,  pengilang2 dsb. Powerbase Zahid akan meluas serta kukuh dan kaya. 

Najib arah hentikan bawa masuk 2 juta Bangla. Alasanya unsur ISIS akan turut menyeludup. 

Tentu Zahid naik berang serta malu atas arahan Najib pada saat2 akhir. Menjadi petanda - beberapa kenamaan politikus Perak naik berang, hendak menampar dan melempang sampai ke Parlimen!  

Najib sedar Zahid dan orang2nya marah. Dia ragu kesetiaan Zahid. Zahid mesti dipenggal.