Follow by Email

Wednesday, February 8, 2017

JAMAL - SENJATA MAKAN TUAN


Jamal sebelum ini terkenal sebagai Jamal Ikan Bakar tetapi kini sebagai Jamal Baju Merah. Dalam kedua2 aspek nampaknya beliau berjaya mengukir nama. Tentu dia mempunyai sifat individu tersendiri serta kreatif. 

Ada gila2 bahasa cara Jamal ni. Apa tak, bila masaalah air di Selangor, dia sanggup pakai towel smabil  bawa sabun dan berus gigi nak tumpang mandi di Pejabat MB!

Mengetahui personaliti Jamal, UMNO telah mengambil kesempatan menggunakan Jamal untuk menentang unjuk perasaan baju kuning. Jamal mudah dapat ramai pengikut. Dia banyak dapat duit dari pemberian kawan2 termasuk (dedak) Najib agaknya.

Jamal tidak mempunyai herd mentaliti seperti kebanyakan ahli UMNO. Dan dia boleh buat serba serbi suruhan UMNO tetapi tidak dicalunkan sebagai ahli parlimen tempoh hari. Satu tamparan. 

UMNO tidak suka ahlinya buat berlebihan keluar dari landasan statu quo kerana takut rock the boat yang kini sudah pun bocor. Ramai apacai dalam keadaan paranoia. Imej kena jaga. Senjata sudah makan tuan.

UMNO tidak tempat lagi dalam hierarki dan perlu disisihkan.  UMNO tidak mempertahan Jamal bila dituduh mencuri peralatan kedai dan ditahan polis selama 5 hari. 

Jamal sedar kedudukanya dan baik berundur dengan hormat. Dia kini bebas untuk membuat apa yang dia suka. Dendamnya seperti api dalam sekam. Tup2 dia masuk parti pembangkang! 

1 comment: