SUSTAINABLE LIVING INSTITUTE (SAVE) said...
Kepelbagaian merupakan lumrah alam yang dikurniakan oleh Allah. Dari sebesar-besarnya galaxi, planet hingga sekecil-kecilnya sub-atom. Semuanya ini berintaksi dan mempengaruhi antara satu sama lain dalam berbagai perkara seperti tarikan graviti misalnya. Manusia telah mengkaji dan maklum atas perkara seperti ini dan dalam banyak hal lagi.
Allah mengurniakan Malaysia dengan berbagai bangsa dan etnik supaya dapat kita mempelajari antara satu sama lain, menguatkan pemikiran yang berbeza berbangkit dari kepelbagaian budaya, agama, genetik dll.
Dalam Bangsa Melayu juga terdapat kepelbagaian asal-usul, budaya, kebolehan dsb. Tetapi kita tidak menggunakan kepelbagaian ini dengan sepenuhnya untuk kemajuan dan kebaikan. Malah, dalam banyak perkara kita suka memupuk keseragaman pemikiran (collective thought) dan indoktrinasi. Di peringkat universiti pun dipaksa pakai uniform bertali leher supaya berlagak sebagai eksekutif. Kononnya untuk meningkatkan disiplin tetapi kesan jangka panjangnya adalah 'herd mentality'. Menetapkan berpakaian batik atau uniform pada hari tertentu masa bertugas adalah unsur memperbudak-budakan daya pemikiran kita.
Pada pandangan pemimpin 'one collective thought' itu memudahkan pentadbiran negara kerana rakyat tidak akan banyak soal dan lebih mengikut sahaja. Ini menyenangkan tugasnya. Konsep 1Malaysia telah terbawa-terbawa kearah tersebut dengan adanya slogan-slogan berupa indoktrinasi minda.
Ya, kepelbagaian kumpulan suara Melayu sepatutnya digalakkan terutamanya dalam suasana politik pemimpin yang tahu hanya berpolitik untuk mengekalkan kedudukan hingga sanggup membelakangkan hak bangsa sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment