Friday, February 5, 2010

kepelbagaian suara Melayu: 5 Feb 2010

SUSTAINABLE LIVING INSTITUTE (SAVE) said...

Pemimpin yang memperbudakkan minda raakyat akan terjerumus kedalam perangkap sendiri atau ia akan memakan tuannya. Oleh itu bila rakyat memberi pandangan pemimpin akan kurang mendengarnya dan ambil perhatian.

Bila pemimpin menghadapi masalah besar ia akan cepat rujuk kapada raja untuk mencari penyelesaian. Atau ia akan bergantung langsung kapada keputusan mahkamah. Ini memberi implikasi yang ia tidak bertanggung jawab atas keputusan yang harus diambil.

Andainya keputusan raja atau mahkamah tidak diterima rakyat pihak yang dirujuk akan dipersalahkan dan bukan tanggung jawab pemimpin itu sendiri. Dari segi ini pemimpin telah bertindak seperti kebudak-budakan.

Pembawaan kebudak-budakan ini jelas kelihatan bila menteri perlu merujuk kapada PM untuk nasihat atau keputusan atas perkara yang agak kecil seperti kebocoran maklumat negara. Walaupun ia rujuklah dahulu sebelum diumumkan.

Apabila Churchill hendak berperang pun ia sendiri membuat keputusannya selepas itu barulah memberitahu Buckingham Palace!

Dalam sembahyang Jumaat kaum Muslimat akan berdoa agar pemerintah dan raja di rahmati Allah. Mereka patut bertanggung jawab pula kapada ummah. Jangan memperlakukan kehendak sendiri kerana apa-apa langkah diambil bukan hanya melibatkan diri sendiri tetapi semua rakyat yang berdoa atau tidak berdoa.

Adakah patut raja melumurkan darah dengan si-pembunuh penduduk Iraq Tony Blair dengan menyanjungnya di Sabah? Allah telah membayangkan balasannya baik dari peringkat negeri mahupun negara.

No comments:

Post a Comment