Wednesday, September 11, 2013

KU CARI KETENANGAN MARANG



Marang 15 tahun dahulu dan sebelumnya menjadi tarikan pelancung barat (budget travellers) yang gemar menikmati pantai berdampar kelautan biru. Mereka akan juga ke pulau berdekatan dengan bot sewa. Perkampungan nelayan disitu dipenuhi kelapa dimana kelihatan perahu2 ditambat.

Malangnya pengusaha2 kemudiannya mengubah chalet kayu-papan beratap rumbia kapada batu-bata beratap genting menyebabkan suasana berubah tidak seperti alam tradisi kampung. Mereka hilang pendapatan keranan pelancung2 barat tidak lagi datang ke Marang.




Marang menjadi persinggahan ku sebelum ke K. Terengganu awal tahun 90an semasa bertugas melawat tanaman Limau Madu di kawasan Alor Limbat yang sedang mengembang pada masa itu. Cikgu Lah (pesara) adalah pelopor projek tersebut. Pada peingkat 10 tahun awalan pengusaha dapat pulangan lumayan selepas itu penyakit virus 'greening' merebak menyebabkan pokok2 meranting dan hasil merudum.

Semasa kehebohan penduduk mendulang emas di Lubuk Mandi ku pun tumpang rezeki tetapi tak berhasil. Pada satu ketika Marang agak terkenal dengan pembuatan makjun 'Tupai Jantan, (khas untuk lelaki)  dan penerbitan beberapa buku ala seks.


Sebenarnya Marang adalah nama pokok berbuah seakan terap (tarap di Sarawak). Biasanya ditanam sepokok dua dalam dusun. Isi buahnya manis kemasaman. Kini hampir pupus di Semenanjung tetapi masih banyak terdapat di Sarawak. Di Filipina (bahasa Tagalog) ia dikenali marang juga.




Isi buah marang seperti buah cempedak. Bijinya kecil sebesar biji longan tetapi agak lonjong. Marang adalah sekeluarga dengan cempedak, terap, sukun dan nangka.






No comments:

Post a Comment