Monday, May 16, 2011

NYAWA KU ON THE STREETS OF JOHANNESBURG




Mei 1996. Ada koferensi antarabangsa di Sun City, 90 batu keselatan Johannesburg, Afrika Selatan. Konferensi bermula hari Isnin tetapi Jumaat saya sudah sampai sementara peserta2 lain belum.

Sun City, ada casino. Pertandingan Miss Universe pernah diadakan disitu.


Saya fikir baik ke Johannesburg tengok bandar dengan menaiki bas. Apabila sampai stesen bas Johannesburg saya diberitahu oleh peniaga supaya simpan kamera dalam beg dan berhati-hati.

Sambil berjalan diatas jambatan saya menoleh kebelakang, ternampak 2 pemuda kulit hitam berhenti serta merta agak mencurigakan.

Nampak masjid tidak jau dihadapan. Hendak sembahyang dulu.

Saya membelok kiri dimana lebih banyak kedai dan ramai orang. Rasa lega.

Tiba2 banyak tangan memegang badan dan baju saya dan rasa nak tumbang kebelakang. Ada tangan yang menyeluk saku seluar, saku baju, tutup mulut saya, memaut leher.

Dalam terperanjat itu saya sedar sedang dirompak. Terlihat 6-7 orang pemuda kulit hitam keliling saya. Salah seorang tiba2 memacukan pisau panjang dekat sangat dengan kening saya. Mengapalah berada disini hati berkata!. Teringatkan keluarga. Matilah saya.

Allah-hu-Akbar, Allah-hu-Akbar, saya menjerit sekuat-kuatnya. Dah tak boleh buat apa, ajal nak sampai. Tak semena-mena saya dihumbankan keatas jalan. Menakjubkan. Hidup lagi. Terus menjerit Allah-hu-Akbar sekuat hati tidak putus2.

Sambil menjerit saya berlari atas jalan menahan sebuah teksi. Minta teksi hantar kestesen bas. Lambat rasanya nak sampai. Bolehkah percaya teksi ini?

Dalam stesen saya menggeletar. Tercungap-cungap. Dahaga. Syukur kpd Allah saya selamat.

Tidak ada yang berani menolong saya semasa dirompakk atau menjerit-jerit tadi. Bahkan berperasan orang ramai menjadi berkurangan! Adakah mereka masuk dalam kedai atau berjalan kearah lain? Pasti tidak mahu masuk campur hal rompakan.

Bila reda saya dapati pasangan Indonesia warga tua duduk disebelah bangku panjang. Saya ceritakan apa yang berlaku. Mereka dari Jakarta dan terlibat dalam institusi perubatan.

Saya ceritakan juga kpd pekedai yang memberi nasihat. Dia kata tahun lalu ramai pemain rugby Australia kena rompak.

Dalam stesen berasa selamat kerana ada pengawal ronda dalam dan luar bangunan. Saya bermalam dalam stesen di atas bangku.

Keesokan (Ahad) menaiki bas ke Sun City.


Poskad yang dikirimkan kapada anak lelaki yang sedang belajar di MRSM, Serting.

Allah-hu-Akbar.

3 comments:

  1. ish ish ish. terkejut baca cerita ni.
    tolong tambah part 2 doc - apa di sun city.
    hamba tak pernah jejak ke benua afrika (selain egypt), tak pernah ke benua eropah, tak pernah ke benua australia.
    tolong sambung cerita eh!
    plus tak jadi masuk ke jo'burg terus ke???

    ReplyDelete
  2. Theme Park Sunway Lagoon di Shah Alam adalah ala Sun City tetapi skala kecil dan tidak ada casino. Selepas insiden itu saya jadi munyok dalam gembira (kerana hidup) menghadhri kongres dan mengikuti lawatan yang diaturkan. Tak main slot machine atau menggolongsor air di SC.

    ReplyDelete
  3. Err... Sunway di Subang bukan SA! Mudah2an sampailah ler tempat2 tu. Now, everyone can fly!

    Air ada bau ni?

    ReplyDelete