Saturday, May 7, 2011

TAK KU BACA MANTERA

Dah lama berniat nak geledah kawasan tu - tanah tanjung diapit kiri kanan dengan tasik besar bekas lombong, tidak jauh dari perkampungan. Unik tempatnya. Kalau dapat tanah tu macam2 boleh buat otak mengelamun.

Waktu sudah sarat petang. Kuda baru ditambat di lereng bukit berpasir. Tak ku baca “Mentera Perlangkahan” (Minangkabau) sebelum masuk kawasan berbelukar tu (tidak menuntut hanya berguru pada buku saja!).
Bisrahimmillahhirahmanirrahim
Hak payo kato Allah
aku dalam ujuk Allah
aku mengatokan kato Allah
inna kato Muhammad
ma tak kali Jibrail
tidak berbahayo kato Tuhan Allah
berkat Laailaahaillallah


Terdengar orang jerit nama saya. Saya tidak menyahut. Sebaliknya masuk kedalam semak bercampur lalang dan duduk di lereng bukit.


Kedengaran lagi orang memanggil nama. Saya intai. Kemudian terlihat lori kecil dan beberapa buah motosikal mundar-mandir di jalan pasir seberang tasik lombong. Satu land rover polis turut mencari. Ada orang report.

Hati berdebar. Menggeletar badan. Ya, Allah aku dikepung!

Sayu kedengaran azan maghrib. Ku turuti dalam bisikan. Dibelakang sebelah kanan jelas kelihatan 3 pemuda kampong diatas bukit dengan motorsikal. Di kaki bukit terletak kereta Subaru wagon saya.

Senja bertambah gelap. Saya beranikan diri keluar terbongkok-bongkok ikut lereng bukit. Berjalan jauh untuk mengelilingi bukit supaya membelakangi 3 pemuda yang menunggu dengan motorsikal diatas bukit. Kayu 2 depa di genggam kuat. 

Hampir mengelilingi kaki bukit. Terendak lebar Cina diletakkan atas kepala supaya yang menunggu atas bukit menyangka saya pengail. Jantong berdegup badan menggigil. Tangan kiri genggam kunci kereta.

Sudah dekat dengan kereta.Saya berjalan cepat ke kereta. Dalam gelap itu saya terlihat seorang pekebun (Cina perempuan agaknya) menolak basikal dari arah bertentangan.

Alhamdulliah kata hati kecil. Mereka diatas bukit leka melihat penolak basikal. Mengelirukan mereka. Apabila berselisih sahaja dengan penolak basikal saya berlari deras, campakkan kayu, masukan kunci, buka pintu kereta, masuk dalam kereta, hidupkan enjin, tekan minyak dan kereta terhambur terkena lopak dan terus memecut. Tak sempat tutup rapat pintu kanan.

Satu motorsikal dapat hampir sebelah kiri kereta tetapi kereta sudah pecut.

Malam itu tidak boleh tidur memikirkan apa akan berlaku sekiranya basikal Cina itu tidak lalu atau enjin kereta tidak hidup. Pasti kena lanyak sebelum diserahkan kapada polis..

Malam itu juga memandu dari Perak terus ke Terengganu kerana ada urusan resmi esoknya.

Allah-hu-Akbar.


Postscript:

Yang menjerit nama saya ia-itu ketua kampong. Yang memberi maklumat kapada ketua kampung munkin pengail Cina. Nampak dia guna telepon bimbit.

Antara tiga pemuda diatas bukit itu agak cam seorang. Dia guru, badan agak gempal, kulit cerah. Terserempak dengan dia selepas insiden.

Selepas insiden saya tidak pergi kekawasan itu entah berapa lama. Kuda hilang. Dengar2nya dilanggar lori, disembelih atau Jabatan Haiwan ambil.

Banyak cabaran hendak meneroka tanah zaman sekarang ni kerana berebut tanah. Yang digeledah dulu kini milik sendiri, Alhamdulillah. Hendak membangunkan tanah itu pula satu bab!

No comments:

Post a Comment