Thursday, November 24, 2011

ANAK KERA KU TETEKKAN inikan pula anak sendiri



Anak kera ku tetekkan inikan pula anak sendiri. Walaupun tetek ku sudah kempis dan melanduh. Inilah gambaran betapa rapatnya hidup kami dalam jalinan ekosistem hutan belantara.

Hutan itu kami, kami itu hutan semenjak ribuan tahun.

We the proto-Malays.

Orang luar tiada faham dogma hidup kami. Dengan itu mereka mudah mengancam dan menganiaya kami baik dari segi tanah, tumbuhan dan binatang liar. Padahal itulah sumber bahan makanan, perlindungan dan kesihatan kami.







Di mana dikatakan Malaysia bertamadun, high income economy, Malaysia negara Islam?

Gigi ku sakit dimana dentistnya? Tampal koyok dan tahan sakit berdenyut. Kena cari juga gaharu untuk dijual atau ditukar dengan makanan.

Lebih2 kami dapat RM100 sebulan. Sesungguhnya ahli politik cerita fasal high income economy pandai bermimpi. Masih hendakkan undi kami? Janji atas janji?




Makanan harian kami bergantung kapada ubi kayu dan padi huma. Bukan senang hendak tanam padi kerana musuhnya banyak - babi hutan, kera, serangga, burung. Setenngah-tengah binatang tersebut dapat kami sumpit, panggang dan makan.

Sudah lama kami tahu fasal kacip fatimah, tongkat ali, rafflesia. Sebab itulah kami dapat lawan beberapa penyakit.





Apakah permainan yang kami ada? Tak kan nak panjat pokok atau main air sungai hari2. Kalau ada tapak main guli, lebih padang takraw pun cukuplah.







Pembalakkan yang rakus mengancam kehidupan dan kesihatan kami.

Ramai orang2 kerajaan dan ahli politik yang bertanggung jawah tutup mata sebelah.

Air sungai kotor dimana kami hendak mandi, menangkap ikan.

Sesungguhnya manusia tidak berhati perut bila nampak duit. Hokap.




Penulisan diubahsuai daripada artikel  Star.

No comments:

Post a Comment