Follow by Email

Saturday, November 5, 2011

TENTERA MENENTANG GANYANG

ARTIKEL INI DEDIKASI UNTUK KOL. HASSAN SAAMIN (arwah), hidupnya untuk askar, askar untuk hidup.

Indonesia mengganyang Malaysia mengkonfrontasi.



Di Semenanjung, penyusupan angkatan bersenjata Indonesia (ABI)tertumpu di sekitar pantai Johor melalui Selat Melaka. Operasi tentera yang pertama dijalankan menentang pencerobohan ialah Operasi Limit pada 12 Ogos 1964.


Dalam Operasi Liver, 17 Ogos - 4 Nov 1964 di kawasan Benut, Kukup dan Pontian, 21 penyusup terbunuh, 70 ditawan dan 9 menyerah diri. Pasukan keselamatan Malaysia mengalami 2 kematian dan 3 cedera. Kesemuanya melebihi 21 operasi dijalankan - Operasi Lilac, Operasi Flower, Operasi High Speed ...


Tamatnya konfrontasi, sejumlah 143 penyusup dibunuh, 432 ditawan, 34 menyerah diri.
Dipihak tentera Malaysia dan Commonwealth, 16 terbunuh dan 8 cedera.


Antara wira2 tentera Malaysia bertugas semasa konfrontasi (L, R)



Antara wira yang terkorban mempertahankan negara.


Maklumat terperinci berkenaan pengorbanan tentera Malaysia semasa konfrontasi terdapat dalam buku (R) yang ditulis oleh S. Othman S. Omar, 1999, penerbitan UKM.

















Di perbatasan Sarawak-Kalimantan menjadi hangat juga dengan pencerobohan ABI dan dapat dialahkan oleh tentera Malaysia di bantu oleh 22 Special Air Service (SAS) Regiment (Kanan, bawah), 2nd King Edward VII's Own Gurkha Rifles dll.


Pasukan ABI menemui angkatan tentera di Tebedu, Jun 1964 (L)

Tunku melihat senjati ABI, Balai Police Pontian (L).






(Kanan). Perjanjian Jakarta. Upacara menandatangani Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia, Jakarta, 11 Ogos 1966. Tun Razak (Menteri Luar Negeri), Mej Jen Abdul Hamid Bidin (kiri), Je Soeharto (berdiri, tengah), Adam Malik (Menlu Indonesia, kanan, duduk)

Indonesia, a brave example of revolution against Dutch colonialism and struggled for  independence after the Japanese occupation of WWII.  However, the nation is still not at peace internally. It is warring against several fronts at any one time - Acheh, Timore, Irian Jaya to breakaway for independence.

The nation is warrring against poverty, rampant corruption, demonstrations, religous extremism and clashes. These warring states have a spillover effect onto Malaysia  flaring up seemingly minor misundertandings be they on true or false premises.

Politicians have to understand the political and social climate and not to over react to our neighbour's overtures. Whatever it is we are blood-brothers serumpun leaning against another.

No comments:

Post a Comment