Hishamudin menghunus keris pada satu ketika. Tetapi siapa dia? Baru Ketua Pemuda. Dolah tidur masa itu. Ada unsur luar kah yang mencucuk dia berbuat begitu atau memang ideanya sendiri? Pihak pembangkang ambil kesempatan menjadikan isu keris. Hisham kecut semenjak itu.
Mahathir senang-senang hunuskan keris. Semua kaum bertepuk tangan. Pembangkang diam. Dia wira yang telah berjasa kapada semua lapisan rakyat layaklah dia berbuat begitu sebagai lambang Malaysia bukan untuk kaum Melayu sahaja.
Di Dataran Merdeka, Ogos 1994.
Berapa lok keris panjang dihunus semasa perayaan ulangtahun BN ke 20 di Dataran Merdeka, Ogos 1994?
Imbas kembali kemajuan parti pemerintah, Alliance kemudiannya BN dari awal hingga 1990.
Polisi Mahathir panjang jauh ke timur. Ada pula yang berpura ikut. Masa itu dia blue-eyed boy! Siapa sangka. Mahathir pun tertipu oleh chameleon.
Adakah Mahathir akan hunus keris lagi?
Zam sudah berkata.
Daim sudah angguk. Berjuta rakyat menyokong.
Rakyat sudah menyinga. Sara hidup melonjak. Keamanan bergoncang. Pemimpin membazir berpura-pura rakyat didahulukan. Ya, didahulukan dengan kemelaratan.
Mahathir lama menyinga. Perancangan menuju 2020 dirombak. Tikus membaiki labu. Punasihat berkeliaran. Kemajuan Negara kebelakang.
No comments:
Post a Comment