Follow by Email

Wednesday, March 15, 2017

PANTUN BUAT MO1


Sungai mati tebar jala
Anak sebarau jinak di tebing
Hendak hati bermaharajalela
Dari Pekan ke Ulu Tembeling

Pungguk terbang rindu bulan
Dari jauh nampak terang 
Indah sinar intan berlian
Isterinya buas lagi garang

Banjir dihulu bah dihilir
Gajah bertempik kura sepi
Ros himpap buah pelir
Rasa sakit bukan mimpi

Dari P. Dickson arah Melaka
Ikan salai dalam kantung
Suka tipu bawa celaka
Bueh bibir lidah kelentung

Durian Musang masak mengkal
Tupai melompat pagi hari
MO1 buta tidak berakal
Mana pelusuk mahu lari


Kuda Mongolia dipasar Baku
Dipadang pasir tari meriah
Bilion sapu masuk saku
Negara malu ada pariah


Istana besar puncak bukit
Cina datang bawa  kelikir
Rakyat jelata merana sakit
PRU14 Najib pasti singkir


No comments:

Post a Comment