Tuesday, March 14, 2017

TIM LEISSNER & NAJIB, SEKANDANG


(The Scribe A Kadir Jasin)

Tim Leissner inilah yang pada tahun 2012 atur hutang AS$6.5 bilion (kira-kira RM20 bilion pada kadar tukaran waktu itu) untuk 1MDB. Yang jadi kontroversi ialah Goldman Sachs dibayar komisen dan duit poket AS$593 juta (RM1.8 bilion). Pada tahun berikutnya (2013), kira-kira AS$680 juta masuk akaun peribadi Najib di AmBank. 


Yang terbaru kena tindakan seorang kawan baik Najib-Rosmah bernama Tim Leissner, bekas pengarah Goldman Sachs. Semalam, 13 Mac, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) haramkan dia daripada terlibat dengan sebarang kegiatan kewangan di republik itu selama 10 tahun.

(Dari kiri) Leissner, isterinya Kimora Lee, Najib dan Azman Mokhtar (Khazanah)

Dia adalah antara eksekutif kewangan yang kena tindakan kerana terlibat dengan skandal kecurian dan pengubahan duit haram (money laundering) 1MDB.


Selain Leissner, Singapura telah bicara dan jatuhkan hukum penjara serta denda ke atas lima orang yang lain.

No comments:

Post a Comment