Saturday, March 22, 2014

NAJIB GILA KUASA MUTLAK


Chedet, 20 Mar 2014:

"7. Kepimpinan dalam Kerajaan diberi kuasa hanya untuk pentadbiran negara dan bukan untuk diri sendiri. Tetapi budaya Melayu adalah demikian mereka akan akur arahan ketua-ketua tertinggi tanpa mengambil kira samada arahan mengikuti undang-undang atau tidak. Oleh sebab ini, kuasa orang yang berkuasa menjadi mutlak dan ramailah yang mendekati diri dengan yang berkuasa untuk mengguna kuasa itu untuk kepentingan diri. Untuk tujuan ini biasanya orang-orang ini akan membodek dan menawar pemberian sebahagian dari pendapatan mereka dari perniagaan yang mereka dapat hasil pertolongan pihak berkuasa kepada yang berkuasa. Maka berlakulah rasuah oleh yang berkuasa.


8. Kuasa mutlak,sama ada dianugerah oleh undang-undang atau adat budaya keMelayuan amat merbahaya. Ia akan meningkat ke tahap yang tidak dapat diterima oleh rakyat. Sebelum sampai tahap ini, eloklah pihak berkenaan diberitahu..."



Najib gila kuasa mutlak. Mengapa tidak? Dia buat sesuka hatinya, suka tak suka rakyat mesti terima. Negara akan bankrup pun tak apa asalkan ia berkuasa.

1. BR1M diberi sewenang-wenangnya bukan kapada rakyat yang amat memerlukan terutama yang miskin. Dari RM500 dinaikan kapada RM1200. Tahulah punca duit itu dari pendapatan Negara termasuk cukai. Bukan duit poketnya. Negara boleh bankrupt dibuatnya.

2. Baiki tempat kediaman resmi RM65juta. Katanya rakyat boleh tumpang seronok dikediamannya! Rakyat tak perlu berseronok sebegitu tetapi mahu wang dibelanjakan untuk kebaikan ramai.

3. Bayar RM7.2 billion untuk consultant keluar air liur, peras otak (konon), kertas kerja dan nasihat Najib.

4. Sengaja mengambil atau menyimpan kroni politik yang dungu untuk pegang jawatan menteri dan sebagainya.

5. Tabur duit berjuta2 sebelum pilihan raya untuk umpan Cina tetapi Cina peduli apa pada dia.

6. Naikan gaji minima RM900 tanpa mengira akibatnya pada kos pengeluaran akan turut melonjak.

7. Hapuskan subsidi, naikan harga minyak, wujudkan GST. Lepas itu belanja berjuta untuk publisiti GST pula.

8. Belanja RM300,000 untuk Rosmah menaiki jet menghadhiri forum di Qatar.

9. Rosmah pilih kasih melayan budak2 cerdik pandai/anak orang kaya untuk program Permata menelan belanja melebihi RM100 juta seolah menabur garam dalam laut.

10. Tidak peka kehendak rakyat untuk PPSMI.

11. Tidak faham betapa pentingnya strategi jambatan causeway Johor dari segi ekonomi, sosial dan politik. Dia berpura pandai tetapi tidak dapat diajar, berpura mendengar tetapi pekak .

12. Mansuhkan ISA tanpa mengira keselamatan negara jangka panjang.

13. Bila isu 'Allah' timbul berdiam diri padahal ia ke Vatican dahulu sebelum menunaikan haji. Dimana duduknya kepentingan agama sebagai pemerintah?

14. Dibawanya bersama naik haji 1000 imam yang tentu menelan belanja melebihi RM20 juta. Banyak persoalan timbul:
 a) Rukun haji dikerjakan lebih kapada kemampuan sendiri  kalanya negara (state) boleh anugerah kapada sebilangan imam tertentu berdasarkan bakti mereka;
b) Adakah 1000 imam yang mengikuti beliau dipilih mengikut kriteria tertentu terutama dari segi kemampuan, belum pernah menunaikan haji. Siapa mereka yang bernasibb baik itu?
c) Apa kesanya kapada kuota haji. Padahal orang biasa perlu menunggu giliran banyak tahun.
d) Adakah adil duit rakyat RM20 juta digunakan untuk 1000 imam bukan untuk ramai lagi?
e) Adakah ia bersifat riak mahu menunjukan sebagai PM dari Malaysia yang kononya kaya boleh biayai ramai rakyat?
 f) Adakah dia menabur publisiti berunsur politik untuk mendapatkan sokongan banyak undi kemudianya?
g) Adakah dia mengharapkan doa restu dari 1000 imam dan ramai lagi dalam rombongan?
h) Adakah lapuran kewangan terperinci dikemukakan selepas menunaikan haji? Perlu diingat RM20 juta duit rakyat telah digunakan. Kalau diperingkat pejabat hendak beli peralatan kecil pun ada justifikasi dan catuan!

15. Tidak tamat belajar di Univ. Nottingham tetapi gila nak jadi PM. Insecurity breeds mediocrity. Timbulkan bermacam slogan yang menelan banyak kos untuk menunjukkan pandai.

16. Adiknya Nazir menerima gaji paling lumayan RM9juta/tahun? Nazir kata bapanya cukup cermat hinggakan kolam renang tidak dibina. Mengapa dia dan abangnya tidak berhemah?

17. Apa petanda MH370 pada Najib?

18. What kind of bullshit talk is that? Popular sangatkah dia?

19. Najib is a pretender.

No comments:

Post a Comment