Monday, September 1, 2014

SERUAN AZHAR - OTHMAN ABDULLAH


Walaupun telah dua kali bertemu dengan Hj. Othman Abdullah saya tidak kenal siapa dia sebenarnya.  Beliau (c. 1985) datang melawat anaknya, Fithri yang baru masuk belajar di Oregon State University, Corvallis, Oregon. Saya juga sedang belajar dan menjadi Pengerusi Persatuan Pelajar Malaysia di universiti tersebut. 

Beliau telah menyediakan kereta ala sportscar kapada Fithri dan minta saya tengok2 anaknya. Maklumlah anaknya baru lepasan sekolah menengah dan dialah satu-satunya. (Saya sekeluarga sempat pergi holiday menggunakan kereta tersebut!).

Pada kali kedua beliau datang ke Corvallis, selepas makan malam, beliau ingin memberi ceramah berkenaan agama tetapi kami pelajar2 muda agak indah-tak-indah penyampaian beliau. Diantara kami dapat tahu bahawa beliau adalah orang kuat (Pengerusi?) Tabung Haji.


Semasa menyingkapi majallah2 lama yang saya beli  di Pasar Ahad, Ipoh saya terjumpa beberapa gambar Hj. Othman semasa mudanya - kacak. Sebelum menyambung pelajaran ke Azhar, beliau belajar di Sumatera. Tidak hairan kalau Fithri memberitahu saya bahawa ia ada saudara (perempuan) tiri di Indonesia!


Kalau pada tahun 1929 telah kenal dengan Hatta dan telah ke Amsterdam, bermakna Hj. Othman orang yang berpengalaman dan terpengaruh.



Dato' Hj. Othman pulang kerahmatullah beberapa tahun dahulu. Anaknya, Dr. Fithri ada saya jumpa dua kali semenjak balik dari Oregon penghujung 1986.

3 comments:

  1. Dear sir/madam,
    I like your blog! I am quite interested: in which newspaper did you find the picture of Hatta and Hj. Othman? I am working on an article on Seruan Azhar...
    Thank you very much, Klaas

    ReplyDelete
  2. Dear sir/madam
    My humble apologies for the late reply. For Hj. Othman, it was from a photocopy of 1920 issue of Malaya (monthly, now defunct) published in Penang. As for Hatta, from a book on Who's Who, Indonesia published c. 1960.

    ReplyDelete
  3. Wassalam tuan, Hj Othman dlm gambar bersama Dr's Hatta seorang ahli perniagaan yg membantu bapa dia. Bukan seperti yang tuan terangkan dalam blog ni. Kisah dia tuan boleh baca di https://dinmerican.wordpress.com/2013/09/07/58541/. Terima kasih

    ReplyDelete