Thursday, April 30, 2015

GST DIBAYAR DENGAN DARAH RAKYAT


(Langsung dari blog "Tukar Tiub")

KITA SEMUA CUCU TOK JANGGUT



Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff.

Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa. 

Dipungut dari : Ismaic modernism in Malaya: the life and thought of Sayid Syekh al-Hadi 1867-1934

Pada 29 April 2015 ini adalah hari ulang tahun ke 100 PERJUANGAN Tok Janggut. Seratus tahun dahulu Haji Hassan bin Panglima Mat Munas a.k.a Tok Janggut telah bangun menentang British kerana cukai.

Seratus tahun kemudian pada 29 April 2015 ini seluruh rakyat Malaysia sedang menyusun gerakan rakyat untuk melawan cukai kerajaan United Malays National Organisation. Rakyat Malaysia sedang bangun melawan kerajaan Ketuanan Melayu yang dieram, dilahir dan dibesarkan oleh British. Justeru mengikut salasilah jalur sejarah perjuangan melawan cukai ini menjadikan kita semua cucu Tok Janggut.

Seratus tahun dahulu British dengan licik telah memisahkan 4 wilayah Tanah Melayu untuk menjadi wilayah Siam dengan Pejanjian Anglo-Siam Treaty 1909. Dalam masa yang sama British juga telah memasukan Kelantan ke dalam pentabiran Tanah Jajahan British. Tujuan penjajahan ialah menjarah dan merompak harta kekayaan Kelantan. Cara senang kuasa kolonial British mendapat harta kekayaan ialah dengan memaksa rakyat Kelantan membayar cukai.

Ini tidak ada beza dengan parti politik buatan British – United Malaya National Organisation. Semenjak British mengundurkan diri - Parti politik Ketuanan Melayu ini telah berpesta merembat dan menjarah harta negara. Hasilnya - dana simpanan negara semakin susut. Nilai Ringgit semakin kuncup. Malaysia berada dilandasan menuju jalan bangkrap.

Sedar akan kekurangan duit maka gerombolan Ketuanan Melayu ini sedang memaksa rakyat membayar cukai. Seratus tahun dahulu – dizamam Tok Janggut - cukai dipungut untuk memperkaya Baginda Queen. Seratus tahun kemudian cukai dipaksa untuk memperkaya Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya.


Seratus tahun dahulu kuasa Penjajah British memaksa warga Kelantan membayar :
1- cukai tanah
2- cukai kepala 1 ringgit setahun
3- cukai pokok buah-buahan 3 sen setahun
4- cukai kelapa 3 sen setandan
5- cukai sireh 5 sen sejunjung

Manakala United Malays National Organsiation telah memaksa rakyat membayar cukai 6% setiap barang yang dibeli. Sebelum ini orang ramai juga dipaksa membayar Cukai Khidmat sebanyak 10%. Justeru jumlah kedua cukai ini menjadi 16%. Ini belum termasuk barang-barang yang kita beli itu telah terlebih awal dicukai. Semua ini jelas rompakan ke dalam saku kita yang dijalankan oleh Najib Rosmah.

Seratus tahun dahulu BritishTIDAK berselindung apabila memaksa rakyat membayar cukai. Warga Kelantan dipaksa membayar kerana British datang dengan soldadu dan sepoy dari India. Malah Sultan Kelantan terpaksa akur dan bersubahat dengan British.

Hari ini United Malaya National Organsiation telah mengupah para Mufti dan Agamawan untuk mengeluarkan fatwa fatwi yang menghalalkan pungutan cukai ini. Saperti biasa ada gulungan agamawan yang menjual agama bersekongkol dengan lanun untuk merompak orang ramai.

Untuk memaksa rakyat Malaysia membayar cukai pelbagai hukum hakam telah disediakan. Akta Hasutan, Akta Keganasan, Akta Himpunan – semua ini adalah hukum hakam yang diluluskan secara tegesa-gesa untuk memastikan orang ramai akan takut. Undang-uandang ini diluluskan untuk menekan orang ramai dari membantah cukai zalim ini. Akta-akta ini menjadi tembok untuk mendindingi segala kejahatan rasuah dan rompakan yang telah dan sedang dilakukan oleh Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya.


Untuk menipu rakyat - untuk menipu orang ramai – United Malays National Organisation telah memberi nama cukai ini GST. Ini sengaja dirancang. GST ialah GOOD and SERVICES TAX – ini perkataan Inggeris.

Nama Inggeris ini sengaja dipilih dalam usaha untuk menipu orang kampong yang TIDAK faham bahasa Inggeris. Dengan penggunan G-S-T perkataanCUKAI telah diketepikan. Ini adalah taktik perang saraf yang bertujuan untuk mengolah persetujuan.

Perkataan C-U-K-A-I akan mengingatkan kembali warga Tanah Melayu dengan sejarah perjuangan Tok Janggut seratus tahun dahulu. Perkataan cukai difahami sebagai merampas duit secara resmi. Maka cukai memberi makna – bangun melawan. Cukai memberi konotasi gelap lagi kotor.

Perkataan cukai ini juga memberi makna Tok Janggut. Cukai memberi makna kita semua ini menyambung perjuangan adil Tok Janggut. Manakala GST yang tidak dihayati maknanya TIDAKmembawa apa-apa jalur sejarah perjuangan.

Biar diterangkan dengan jelas disini. Gerakan #BatalGST ini bukan menentang sistem cukai. Ada latar yang kukuh kenapa rakyat wajib bangun bersama menentang GST.

Dalam semua negara wajib diwujudkan sistem pengcukaian. Cukai tidak dapat dielakkan dalam sistem tata negara moden. Malah di zaman Kerajaan Melaka juga ada cukai. Jong dan tongkang yang masuk ke pelabuhan Sungai Melaka dikenakan cukai.

Hakikatnya - cukai digunakan untuk pentabiran daulah. Untuk membayar gaji kaki tangan penjawat awam. Untuk membayar gaji polis, tentera, hospital, sekolah dan dan dan. Jelas cukai diperlukan. Mustahil ada negara wujud tanpa cukai.

Jika cukai diperlukan kenapa menentang GST? Apa perlunya rakyat turun ke Dataran Merdeka dan berarak ke KLCC pada Jumaat jam 3 petang pada 1 Mei ini ?

Rakyat Malaysia akan turun ke jalan raya pada 1 Mei ini kerana menentang GST. Ini cukai Najib Rosmah. Rakyat membatah GST yang dibebankan oleh Najib Rosmah keatas warga negara ini.

Rakyat menentang dan menuntut GST dibatalkan serta merta. Ini kerana telah dibuktikan bahawa duit cukai negara telah digunakan oleh Rosmah bercanda-canda mengunakan kapal terbang negara. Duit cukai negara telah digunakan oleh Rosmah untuk membayar duit kenduri bertunang anaknya. Rakyat Malaysia tidak bersetuju duit cukai negara digunakan untuk membayar bil minyak kapal terbang ketika Rosmah dan Najib terbang ke Kazakhtan untuk kenduri kahwin anak mereka.

Duit cukai orang ramai tidak boleh digunkan untuk dijadikan dana pelaboran filem di Holywood. Duit cukai orang ramai TIDAKboleh digunakan untuk menjadi dana anak Rosmah Mansor membeli rumah bernilai berjuta dolar di Amerika.


Duit cukai negara hilang 42 bilion ringgit kerana dirembat oleh Jho Low. Ahli perniagaan dari Pulau Pinang ini adalah kawan baik anak Rosmah Mansor. Lelaki berbadan tembam ini juga ialah orang kepercayan Najib dalam syarikat 1MDB. Syarikat 1MDB ini dikepalai oleh Najib Razak yang juga menteri keewangan.

Kini satu Malaysia telah diberitahu bahawa negara akan jatuh bengkarap kerana hutang 1MDB yang melibat dana negara. Sekali lagi diulangi - dana negara ialah cukai dari duit rakyat.

Tanda awal untuk mengenal sama ada sebuah kerajaan itu zalim atau tidak ialah cukai. Kerajaan di negara zalim akan mengenakan cukai kepada rakyat biasa yang miskin. Manakala yang kaya akan terlepas dari cukai.

Di Malaysia – untuk mereka yang berduit – hartawan dan jutawan - amat sadikit yang membayar cukai. Elit kaya dikelilingi oleh Peguam dan Akountan yang bijak untuk melarikan kekayaan dari cukai. Malah harta dan duit mereka besar kemungkinan TIDAK tersimpan dalam negara Malaysia. Justeru, yang dibebani oleh cukai hanya orang biasa yang tidak lari kemana bila cukai sampai.

Dalam negara pemerentah zalim kita akan bertemu dengan jurang pendapatan yang maha luas. Dalam soalan bertulis di Parlimen - Rosmah Mansor pernah ditanya tentang harga semalam tidur disebuah hotel di Dubai. Dikatakan bilik hotel ini untuk satu malam sewanya ialah RM100,000 ++.

Soalan ini tidak akan timbul jika orang kaya bernama Rosmah menggunakan duit sendiri. Yang menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat kepada Najib Rosmah ialah mereka berdua ini menggunakan duit cukai negara untuk bercanda canda dan berpoya-poya.

Justeru, 1 Mei 2015 ini adalah hari sejarah. Hari ini rakyat Malaysia mengingati kembali perjuangan Tok Janggut yang mati dibunuh British. Mayat pejuang ini digantung kaki keatas kepala kebawah selama 3 hari di hadapan Istana. Hari ini kawasan ini dipanggil Dataran Merdeka Kota Baru. Menggantung mayat ini bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar jangan menentang cukai British.

Hari ini rakyat miskin tidak gentar. Ini pilihan hidup atau mati. Mereka merasa amat tertekan dengan GST. Belanja sara hidup dengan serta merta melonjak naik 6%. Ini bermakna duit gaji dalam poket hilang 6%. Dalam masa yang sama upah kerja TIDAK pula naik. Ini amat amat membebankan gulungan bawahan.


Dalam masa yang sama kaum pemodal melipat gandakan keuntungan. Orang biasa – pembeli – disedut duit mereka kerana mereka juga TIDAK arif dalam hal GST. Malah ada berita melaporkan bagaimana pegawai kerajaan yang mengendalikan GST ini juga kurang faham tentang GST.

Ketika tulisan ini digarap kebencian orang ini semakin meluap-luap. Suasana ini dipanaskan lagi dengan gerakan menuntut Najib Rosmah mengundur dan meletak jawatan. Serangan Mahathir Muahamad kepada Najib Rosmah ini sedang merancakkan dan memangkin keinginan orang ramai untuk turun ke jalan raya menghalau Najib Rosmah.


Najib Rosmah mahu orang ramai terlentang bersyukur menerima GST ini. Ini mimpi Najib Rosmah. Rakyat Malaysia telah sebulat tekad Najib Rosmah akan ditendang bersama GST – sekali gus.

Tok Janggut – seratus tahun dahulu – telah membuka jalan untuk diikuti oleh anak cucu zaman berzaman. Jika ada cukai yang zalim anak cucu Tok Janggut akan turun ke jalan raya. Jumpa Jumaat ini.( TT)

Wednesday, April 22, 2015

CGPA 3.85 SEBAB MASAK SENDIRI


Ahmad Maslan boleh bermegah dengan CGPA Masters nya 3.85 di UKM. Walaupun begitu dia terkilan kerana kalau ia tumpu sepenuh masa belajar CGPA sepatutnya 4.0. Dia terbuang masa masak sendiri di luar dan dalam kampus. Kalau tidak memasak dia kena pergi pasar beli ikan, daging dll untuk orang rumah masakan. 

Dengan CGPA 3.85 sepatutnya dia sambung buat PhD. Sayang sekali tidak sampai kemercu menara gading.

Tetapi dia tidak perlu putus asa. Najib akan di buang PMshipnya. Ahmad akan turut hilang kerjanya. Dia ada banyak masa sambung belajar PhD. Pasti CGPA 4.0 dalam tangan kali ini! 

NAJIB TO RESIGN TO KAZAKHSTAN


Kazakhstan gained independence in 1991 after 2 centuries of Russian rule. The Kazakhs are of Mongolian and Turkic origin. The country has 14 provinces (oblystar). Nursultan Nazarbayey is the President.




Al-Farabi Kazakh National University's campus, Almaty.

Central Mosque built in 1999 at Astana, the capital.


Inside a yurt.

Elderly couple celebrate Eid al-Fitr in a yurt.

The festive holiday, Nauryz falls on 22 March. People sit down (pic) around a dastarkhan, a table or cloth, laid out with meat dishes, noodles, bread and sweets.

Traditional dance.

Display at the Central State Museum in Almaty.

Grazing sheep by the foothills. The Kazakhs used to be nomads before.

Rural Kazakhs on droomderies.

Berkutchi - using golden eagle to hunt.

Kazakhstan is a beautiful country with contrasting landscapes (deserts, steppes, forests, snowy mountains) and diversity of people (also Russians, Slovaks, Germans) and culture. The country is steeped in history (Golden Horde, Silk Road). 

Najib and Rosmah will enjoy their residence there. Envy them.

Tuesday, April 21, 2015

RESIGN NOW, TUN DR ISMAIL WOULD TELL NAJIB








As a medical doctor he would be true to his profession in dealing with a disease - conduct a thorough diagnosis and prognosis and save lives.  His thoughts and actions would be something similar to Dr Mahathir. Both of them put the interest of the nation above all else. 

Dr Ismail would force Najib to resign immediately. That is certain before the country's turmoil gets worse that could invite bloodshed.

Sunday, April 19, 2015

MADAGASCAR - WESTERNMOST OF THE MALAY ARCHIPELAGO














MAN OF THE ARCHIPELAGO - ROBERT NICHOLL




Nicholl, Robert -, b.1910, Dublin; a gentleman of many parts – monk, priest, army chaplain, intelligent officer, historiab, museum curator, linguist, expert on ecclestical architecture, horseman, jazz musician, essayist, short-story writer, wit, amateur dramatist. Educated at Strrawberry Hill and then at Trinity College Dublin, he opted for a monastic career, 1929-1936. He took his degree and advanced Master of Arts (1936-1939) at St. Benet’s Hall in Oxford. Appointed a chaplain to the forces in 1939, he resigned his commission in 1944, but was restored to the priesthood 50 years later. After a time attached to the Army intelligence service in Singapore, he spent 41 years as an education officer in Borneo, first in Sarawak (1946-1969) and then in Borneo (1970-1987).
1947. A brief survey of education in Sarawak. (unpublished)
1950. The Kuching regatta. Sarawak Gazette 1103:36-8
1959a. Author within: ( a review of World Within by Tom Harrisson). Sarawak Gaz 1215:97
1959b. The forgotten division: (the Fifth Division). Sarawak Gaz 1214:68-9
1960. Three wise men: (a review of The Three White Rajahs by Sir Steven Runciman). SG 1233:240-1
1962a. The romance of head-hunting: script of a talk received from Radio Sarawak and broadcasted on BBC Radio in Woman’s Hour 14 Feb 1963 and as “Voices and views: the romance of head-hunting” in Home for the Day 17 March 1963. BBC Written Archives Centre, Reading
1962b. Bedtime story. The wonder worker. SG 1253:153-4
1973. Odoric of Pordenone: a fourteenth century visitor to Borneo. BMJ 3(1):62-5
1976. The sixteenth century cartography of Borneo. BMJ 3(4):96-126
1978. Ibn Batuta and Borneo. BMJ 4(2):34-45
1980. A mediaeval cartography of Borneo. BMJ 4(4):180-218
1983. Review of The Name of Brooke: The End of White Rajah Rule in Sarawak, by RHW Reece. BMJ 5(3):235-7
1983(ed). Dutch relations with Borneo in the seventeenth century; written by Dijk, LC van and translated by Rev J Heuschen. BMJ 5(3):61-80



Nicholl, Robert. 1949. Awakeing: (on the Iban). Sarawak Gazette 1101:336-7
1962. Farmer’s boy: (Iban education). SG 1258:269
1963. Revival: ( a review of The Sea Dayaks and Other Races of Sarawak edited by AJN Richards. SG 1268:253


Nicholl, Robert. 1972. The Mission of Father Ventimiglia to Borneo. BMJ 2(5):183-205
1985. Review of West Kalimantan: A Bibliography by Jan Ave, Victor King and Joke de Wit. BMJ 6(1):189


Nicholl, Robert. 1970. Mr. Robert Nicholl. Seri Berunai: Annual magazine of the Sultan Omar Saifuddin College
1970s-1987. Sources for the history of Brunei: v 1 (10 pts): to AD 1515; v 2 (9 pts): AD 1515-1690. Brynmor Jones Library, Univ Hull Ms DX/199
1975a. European sources for the history of the Sultanate of Brunei in the sixteenth century. Brunei Mus J Special edn no 9
1975b. Notes on the early toponymy of Brunei. BMJ 3(3):123-30
1977 (ed). Relations between Brunei and Manila, A.D. 1682-1690. BMJ 4(1):128-76
1978. Brunei and camphor.BMJ 4(3):52-74
1980a. Brunei rediscovered: A survey of early times. In Int Assoc Historians Asia 8th Con, 1980, K Lumpur. Repr 1980 BMJ 4(4):219-37 and 1983 J Southeast Asian Studies 14(1):32-45
1980b. Notes on some controversial issues in Brunei history. Archipel 19:25-41
1982. The Sribuza of Captain Buzurg. BMJ 1982:1-11
1983a. The letter of Bras Bayao. BMJ 1983:51-60
1983b. Sources for the history of Brunei (volume one; unpublished manuscript in ten ringbound parts: preface dated “Bandar Seri Begawan, April 1983”; Brynmor Jones Library, Univ Hull, Ms DX199/1)
1984(ed)a. Relations of the East India Company with Borneo (Brunei), the Sulu Archipelago, Mindanao, etc; written by Dijk, LC van and translated by Rev J Heuschen. BMJ 5(4):6-34
1984b.The tomb of Maharaja Karna at Nanking. BMJ 5(4):35-45
1984c. A note on P’o-ni and its location. BMJ 1984:4-5
1984d. The letter of William Midwinter. BMJ 1984:46-52
1985. Myth and legend in Brunei history. Brunei Mus J 6(1):32-41
1986a. A note on Brunei mosque. BMJ 6(2):44-6
1986b. The quest for Iabadiou. BMJ 1986:36-43
(nd). The missing Sultans, a problem of Brunei chronology
1987. Sources for the history of Brunei (volume two; unpublished manuscript in nine ringbound parts: preface dated “Brunei 1987”; Brynmor Jones Library, Univ Hull, Ms DX199/2)
1988. Advocate anonymous: ( review of) Report on Brunei in 1904 by M.S.H. McArthur; edited by AVM Horton. BMJ 6(4):133-7
1989a. The age of vicissitude: Brunei 1225-1425. BMJ 7(1):7-21
1989b. Some problems of Brunei chronology. J Southeast Asian Studies 20(2):175-95
1989c. Obituary: Edward Banks. BMJ 1989:71
1990. A study in the origins of Brunei. BMJ 7(2):20-31
1991. Raja Bongsu of Sulu: A Brunei hero in his times. Malaysian Branch, Royal Asiatic Soc Monograph no 19