Follow by Email

Wednesday, March 31, 2010

Derita rakyat raja Cameron Highlands: Mar 30 2010

Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Pernah saya syurkan kapada ADO supaya bina semula surau di Batu 33 ditempat lebih luas. Jawabnya tanah tak ada! Tak ado otak orang den tu!

Kepada Penghulu saya syurkan supaya adakan lagi kampung atau reserve Melayu selain yang ada di Taman Sedia. Katanya: Apa bangsa lain kata! Memang bodoh sobodohnyo. Penakut.

Orang Pahang baik peringkat raja, MB dan lain2 berpangkat tinggi telah mengabaikan orang Melayu di CH melarat. Tidak ada perancangan tambahan lagi bangsa2 lain laju dengan kemajuan pertanian.

Raja pula entah ada berapa buah istana hinggapan disana. Acap kali datang rakyat akan menyambut mereka dan berbelanja. Masa itulah bangsa lain mainkan peranan.

Saya ada beli flat kerajaan untuk orang Melayu, walaupun telah bepuluh tahun selasai membayarnya tetapi grant tak dapat lagi. Kan ini menyusahkan Melayu?

March 30, 2010 6:30 PM


Sustainable Living Institute (SAVE) said...

Saya ada memohon tanah. ADO kata kalau orang Melayu diberi tanah mereka jual. Tetapi bukan senang dapat tanah ditempat istimewa ini tentunya kalau dapat nak simpan keanak cucu. Kalau nak jual kapada orang Melayu sebagai syaratnya. Rezeki kita tidak tentu dimana. Tanah tak boleh dikendong2.

Disemua negeri di Malaysia ini yang paling banyak menyimpan tanah ialah SDC. Merekalah yang banyak menggadai tanah kerajaan Melayu!

Ada yang telah beranak cucu diCH tetapi bila pohon tanah tak dapat. Sepatutnya untuk menggalakkan dan meramaikan lagi orang Melayu diCH mereka yang telah lama bermastautin diutamakan mendapat tanah.

Captain Rivers aka Hj Kadir yang menetap disempadan Ladang Teh Boh berkata "Orang Melayu memang suka menyusahkan orang lain". Masa kita memegang kuasa yang tak seberapa masih lagi kita tak sedar dan menyombong untuk menolong. Wahai Melayu!!

March 30, 2010 6:51 PM

No comments:

Post a Comment