Monday, March 8, 2010

Menghargai toleransi pribumi: Mar 7 2010

SUSTAINABLE LIVING INSTITUTE (SAVE) said...

Kaum pribumi mengahadapi banyak cabaran dan akan sentiasa dicabar. Sikap mereka bertoleransi diambil kesempatan untuk dieksploitasi oleh mereka untuk mengaut keuntungan berlebihan. Malahan mereka tidak akan puas dan terus mendesak, menghimpit dan memutar belit.

Saya sanjung Dr Ridhuan kerana lantang menyuarakan sikap keterlaluan Cina kiasu sambil membangkitkan kesedaran kaum pribumi. Saudara bertugas di tempat yang strategik dan giat bertelaah untuk kebaikan negara.

Allah telah menganugerahkan bumi bertuah ini dengan berbagai bangsa. Tidak dinafikan kaum-kaum pendatang banyak berjasa membangunkan negara ini. Munkin Allah berkehendakan begitu supaya pribumi tidak leka tetapi mesti berusaha mempelajari dari mereka yang tamadun dan teknologinya lebih terawal. Kesan persaingan dalam masyakat majmuk seperti di Malaysia lebih ketara sekiranya dibandingkan dengan masyarakat mono-etnik seperti di Indonesia.

Terasnya, tiap warga pribumi Melayu mesti berjuang untuk kejayaan diri dan kaumnya untuk dunia dan akhirat. Dengan itu negara akan lebih maju dan aman. Banyak masalah pribumi timbul dari sikap-sikap mereka sendiri yang membawa kelemahan dan kemunduran dalam pelbagai aspek.

Yang menghairankan Melayu yang memerintah tetapi Melayu yang susah. Orang Melayu susah menolong sebaliknya suka menyusahkan. Bangsa lain tidak akan bertungkus-lumus untuk kita. Tengok sajalah di kampung-kampung jauh dari perbandaran. Keadaan masih serba kekurangan - jalan sempit, sungai kekeringan, sawah terbiar, gigi congak tanda kurang pemakanan, penyakit berleluasan ...

Ahli-ahli politik, wakil rakyat dan ahli parlimen setelah menetap di pusat negeri atas KL mudah lupa orang kampung. Bajet banyak diperuntukan untuk membangunkan perbandaran, koridor, lebuhrraya, bangunan dan pejabat baru dsb. Menteri yang bertanggung jawab tidak lantang dengan strategi dan aksi pembangunan luar bandar.

Saya ingin bertanya, saudara Ridhuan pernah terfikir masuk politik?

Wassalam.

No comments:

Post a Comment