"Bokam untuk buang darah kotor dan hilangkan penyakit," katanya. Jadi ku cuba bokam kaki kanan kerana telah beberapa lama rasa sakit. Ini berlaku di sebuah pasaraya Bintulu (2006). Syarikat tukang bokam dari Kedah. Maka dihirisnyalah lapisan kulit dengan razor blade beberapa tempat bahagian kaki dan diletakan mangkok bokam plastik seperti dalam gambar. Darah yang keluar seperti dalam gambar itu juga. "Encik tengok tu, darah hitam keluar," sambungnya lagi.
Setengah jam kemudian ada sedozen bahagian kaki telah dibokam. Selesai dan bayar. Terasa perit pada luka2 yang dihiris. Walaupun berasa bingong dan bodoh mengapa membokam tetapi hati berkata, tidak mengapa, satu pengalaman seumur hidup!
Bekas bahagian badan yang dibokam mengambil masa untuk pulih terutamanya tempat yang dihiris untuk mengeluarkan darah.
Gara meniarap dibokam.
Menggunakan beberapa jenis alat bokam untuk lebih mustajab!
Sejarah bokam (blood-letting) sudah berkurun.
Sejarah bokam di buntut pun sudah berkurun!
No comments:
Post a Comment