Follow by Email

Saturday, April 17, 2021

KHALID PENGKHIANAT NEGARA


Khalid, bekas IGP adalah pengkhianat negara, patut disiasat atas salah guna kuasa: 

1) hubungan rapat dengan  kepala gangster Melaka, 

2) keluarganya monopoli permit/lesen menjual senjata-api,

3) merosakkan PDRM.


 

DR MAHATHIR dakwa


TINDAKAN ke atas Najib Razak gagal dilaksanakan lebih awal kerana dibocorkan oleh ketua polis negara waktu itu Khalid Abu Bakar, dakwa Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri ketujuh itu mendedahkan demikian sewaktu menjelaskan komunikasi beliau dengan Zeti Akhtar Aziz sewaktu bekas penasihat kerajaan itu masih menjadi gabenor Bank Negara.

Dr Mahathir memberitahu Malaysiakini, Zeti pada masa itu berhasrat mengambil tindakan sewaktu Najib masih menjadi perdana menteri tetapi tidak dilaksanakan kerana usaha tersebut dibocorkan oleh Khalid.

Seterusnya, ia menyebabkan empat pegawai tinggi kerajaan termasuk peguam negara dan ketua pesuruhjaya agensi antirasuah “dihancurkan”, katanya.

“Sebenarnya, semasa Najib (menjadi perdana menteri) lagi saya bercakap dengan Zeti. Zeti yang bagitahu pada saya (bahawa) Najib ada duit banyak dalam bank.

“Dia kata nak ambil tindakan. Dia cuba. Lepas itu entah apa yang Najib buat, dia tak beranilah.

“Kumpulan empat orang itu, ketua polis (ketika itu) cerita pada Najib tentang kumpulan empat orang ini. Peguam negara dipecat.

“Najib hancurkan kumpulan empat orang tersebut,” dakwa Mahathir seperti dipetik Malaysiakini.

Peguam negara pada masa itu, Abdul Gani Patail mengetuai pasukan tindakan khas menyiasat wang berbilion ringgit dalam akaun Najib yang didakwa dikaitkan dengan 1MDB.

Pasukan itu turut dianggotai Zeti selaku gabenor Bank Negara, Khalid sebagai ketua polis negara dan Abu Kassim Mohamed sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pasukan tindakan khas itu dibubarkan dengan pemecatan Gani pada 2015.

Najib bagaimanapun ditangkap tidak lama selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada 2018 dan didakwa di mahkamah.

Najib pada 28 Julai lalu disabitkan dengan kesalahan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta SRC International.

Beliau kini merayu sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta. – 16 April, 2021.


Saturday, April 3, 2021

CINA KATA BIAR MELAYU HANTAM MELAYU

 15 tahun lalu ada kawan mekanik (Cina) di Cameron Highlands kata Melayu akan hantam Melayu. Kalau seorang mekanik berkata begitu apatah lagi Cina2 lain. 

Betul Melayu mula bergaduh sama sendiri. Dunia Melayu sudah jadi sempit kerana pembolotan khazanah, peluang ekonomi, jawatan oleh kelompok2 yang berpengaruh dalam politik. Melayu tersepit dihimpit  lagi.

Ramai pemimpin yang diberi amanah menyamun harta negara dan rakyat. Masih tidak segan-silu tidak mengaku salah. Apakah jenis Melayu hari ini. Sudah angkuh membelakangkan Allah. 

Akan sampai satu hari nanti Melayu tidak memerintah negara ini, bila diberi peluang negara bankrup dibuatnya.










Monday, February 15, 2021

AL-FATIHAH - MARY HUGHES THOMPSON

 

Hughes Thompson, aktivis pro-Palestin meninggal dunia

Isnin, 15-02-2021 – Aktivis hak asasi manusia Pro-Palestin, Mary Hughes Thompson, pengasas Bersama Gerakan Free Gaza meninggal pada 5 Februari, 2021 di Los Angeles, California, setelah menghabiskan kebanyakan usianya memperjuangkan keadilan untuk Palestin.

Thompson dikenali dengan peranannya menganjurkan konvoi -konvoi ke Gaza dan menyertai banyak perarakan dan acara bagi mempertahankan para petani Palestin dan harta mereka daripada keganasan oleh pendatang dan tentera.

Pada 2002, beliau mengalami patah tulang bahu apabila pendatang pelampau menyerangnya setelah beliau dan para aktivis keamanan lain berusaha menghalang mereka daripada menyerang petani Palestin ketika menuai buah zaitun. 

(PalestinKini)

Thursday, February 11, 2021

Friday, February 5, 2021

WHEN BABI WAS KING

 


At one time there were so many pigs at Bkt Pelanduk, Port Dickson. It should be renamed Bkt Babi then. If the pigs were allowed to vote the wakil rakyat would be a boar, they say.

The pigs were later culled due to Nipah virus infections. The virus is transmissible  to the human namely the pig-keepers that caused several deaths. 




(pics: tt)