Thursday, July 14, 2011

MEMELUK ISLAM SEKITAR AWAL '20an



Salinan (fotostat) jilid pertama (tiap bulan Mei 1926 - Apr 1927) majallah Malaya bertulisan jawi yang diterbitkan mulai Mei 1926 (Dzulqaidah 1344) dibuat dari jilid asal yang dipinjam dari seorang sahabat, anak kapada al-Sheikh 'Abas Rafie, al-Mudir Madarassah al-Mashor Lasalamiah, P. Pinang.  


Pengurus/pengarang Malaya ia Mohd Younus Abdul Hamid berpejabat 88, Kedah Rd, Penang, Straits Settlements.


Kandungannya merupakan berita perkembangan politik, pengetahuan umum, agama, kaum wanita dalam dan luar nagara - nusantara, Timur Tengah, Eropah. Terdapat juga iklan2.


Satu minggu selepas bah besar di negeri2 Melayu berlaku kebakaran di Kota Bahru jam 8pm, 13 Jan 1927. Ia berpunca dari lampu minyak yang terjatuh. 252 pintu rumah kedai dan 23 rumah kampung terbakar.


Didalam beberapa isu Malaya menyatakan saudara2 baru Muslim bangsa Eropah dan Jepun.


Abdul Bari Burrows mengenali Islam melalui syarahan dan kemudian mentelaah Quran dan percaya ia bukan rekaan manusia hanya Allah.





Bilangan Muslimin di Eropah dinyatakan:
Russia 10,200,000
Belanda 830,000
Bulgaria 672,000
Greece 475,000
Montenegro 105,000
Romania 44,087


"... saya merasai ketika itu telah meninggalkan jalanraya dan masuk sebuah gedung yang indah dan kokoh yang lengkap dengan perhiasan dan peraturan ..."


Pengarang majallah 'The Light of Islam', Shanghai.





" Saya ingin jika sekiranya agama Islam ini telah saya masuki semenjak saya didzahirkan daripada perut ibu kerana saya telah dapati kebersihan didalamnya bukan pada dzahir sahaja akantetapi sampai kapada bathin. Agama Islam menyuruh mengasihi kapada semua makhluk dengan batas2 sehingga pihak lain itu mengasihi kapadanya" - Hamid Williams.




" ... saya serahkan segala kepercayaan dan perbuatan saya kapada kewajipan agama Allah Ta'ala yaitu agama yang tidak berubah2 daripada awal hingga akhirnya" - Rashid.




Kenyataan J. Cun Munro, T.R.G.S. yang memeluk Islam: "... saya berjanji dengan rahmat Allah bahawa kehidupan saya akan saya gunakan kapada jalan yang benar dan saya harap akan dapatlah saya menunai janji ini dengan pekerjaan saya menjadi seorang pengarang surat2 khabar dan kitab2. Maka dengan jalan inilah sahaya akan lakukan usaha saya bagi menunjukkan kebenaran pelajaran Islam kapada 'alam dunia.


Lauri Games Gun, Dublin berkata " ... saya telah sambut Islam menjadi agama saya bahwa saya menyembah kapada yang satu yaitu Allah sendirinya ... saya akan hidup didalam penghidupan sama rata bagi sekelian kaum Muslimin dengan pertolongan daripada Allah."


Alhamdulillah, Islam sedang membara di Barat. Perang saudara di Timur Tengah!

1 comment:

  1. Ah! journalism of the past.
    life was so much simpler (not necessarily better, of course).
    tx much doc.

    ReplyDelete