Darurat (Emergency) menentang komunis telah diistiharkan pada Jun 1948. Peperangan gurilla berterusan sehingga tahun enam-puluhan. Dari tarikh tersebut hingga Jun 1951 bilangan polis yang terkorban di seluruh Persekutuan Tanah Melayu ialah:
Polis biasa (Regular Police) 360 anggota
Polis khas (Special Constable) 431 orang
Polis bantuan (Auxillary Police) 75 orang.
Tercedera 831 orang kesemuanya.
Dalam tempoh yang sama bilangan gurilla kommunis yang tebunuh ialah 2,184 orang, tercedera dan tertangkap 172 orang, tertangkap 633 orang, menyerah diri 553 orang.
Orang-orang kampong diberi latihan menggunakan senapang patah, berkawat dan organisasi sebagai Home Guard.
Masa darurat kawasan Tronoh adalah antara sarang kominis. Tronoh tereletak dalam Kinta Valley yang dulunya terkaya dengan biji timah.
Kini pekan Tronoh ibarat "sleepy hollow" dengan tiga baris kedai2 lama mencukupi untuk membekal keperluan harian. Ipoh hanya 20km ke utara. UTP dan UiTM berdekatan arah ke Lumut.
Balai Polis lama, Tronoh (L) dan tempat pound (R).
Dalam Balai Polis terdapat papan peringatan senarai anggota yang terkorban semasa awal darurat. Tarikh hitam 12.8.51 dimana enam orang polis terkorban di Reyland Est di kawasan Parit.
Tarikh Tempat
SGT Rukun Din 9.8.48 Siputih
PC Suhan Singh 24.8.48 Kg Prah
SC Mahamud 31.10.48 Bota Rd
SGT Abu Bakar 6.1.50 Kamuning Jawa
SC Darmadasa 25.3. 51 South Bali
SC Halim 4.8.51 Sadang Estate
SC Halim 4.8.51 Sadang Est
CPL Shahabudin 12.8.51 Reyland Est
PC Nayan 12.8.51 "
PC Shaari 12.8.51 "
EPC Shahid 12.8.51 "
SC Arshad 12.8.51 "
SC Othman 12.8.51 "
SC Abdul Aziz 24.3.52 South Bali
Polis, dalam menjaga keamanan negara kalanya menempah nyawa sendiri seperti dalam darurat. Masa aman menghadapi banyak cubaan selain daripada perompak, ada demo dan rusuhan.
Ayun ajalah belantan tu!
Ini polis mati sebab jaga ladang2 omputih, bukan jaga negara Malaya. Mati katak aje dorang.
ReplyDelete