Ada dua Pak Itam saya kenal. Nak ceritakan yang di Cameron Highlands, bekas Master Mariner. Yang di Kuantan lain posting.
Pertama kali bersua dengan Orang Putih ini pada awal 1990. Ia sedang berjalan-jalan di taman MARDI Cameron Highlands. Sangkakan dia pelancung. Kemudian baru tahu ia Capt. Rivers, lebih dikenali Pak Itam a.k.a. Hj Kadir. Beberapa tahun (1990-1995) bertugas disitu tidak juga kesempatan mendekati beliau.
Hampir 2 tahun dulu saya kerumahnya. Pak Itam orang Belandakah? saya bertanya. Hampir digudamnya kepala saya (bergurau).
Ia berasal dari Toronto, Canada. Anak saya nak menetap di Toronto pulak! Win-win case!
Lawatan pada kali kedua: dia kata hendak beli kereta otomatik yang kecil dan jual Rovernya. Saya booking dan bayar sebulan kemudian setelah balik dari Umrah. Dia kata saya licik!
Pak Itam berbaju merah dan isteri disebelahnya bergambar H/Raya baru ini di rumahnya 'Taman Kelana'.
Banglo beliau bersempadan dengan BOH Tea Plantation - pemandangan indah (L). Rumah dibeli 1976 semasa bekerja di Singapura, disewakan hingga didudukinya 1990. Dia ada pilihan samaada bersara di P. Pinang tetapi akhirnya memilih C.H.
Pak Itam penulis detektif sejarah. Ia tunjukkan koleksi buku dalam loteng (attic) kapada saya. Dicelah rak buku terdampar sejadah.
Ia sedang menyiapkan buku berkenaan Jim Thomson, Silk King yang hilang di C.Highlands. Katanya Jim dilanggar kereta dan mati di C.H. Ini berdasarkan bangkai yang dijumpai terkambus. Saya kurang percaya. Kalau orang Amerika (CIA?) mati disini tentu Pentagon menyerbu! Munkin dibawa balik dan diberi personaliti baru. Belum saya jumpai 2 buku yang ditulis berkenaan Jim Thomson. Tunggu buku Pak Itam.
Capt. Rivers menafikan beberapa fakta dalam buku "1421: The Year China Discovered the World" yang ditulis oleh Gavin Menzies, 2003.
"There are many extravagant claims but I do not accept the Commander's hypothesis, interesting as his exposition is. ... Much of what he puts forward can be found elswhere and, on the whole, all that is new is his conclusion to draw accepted knowledge together with mythical voyages and imagined circumnavigations into 1421".
"... I found that some connections appear contrived, or at least tenuous ... On closer examination it became apparent that suppositions are put forward and then become established assumptions but are lacking any actual proof and, indeed, are in some cases impossible ..."
Biografi beliau dibelakang buku tersebut.
Beberapa artikel beliau telah diterbitkan dalam Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS)seperti "Monsoon Ryhthms and Trade Patterns: Ancient Times East of Suez".
Sayang, Malaysia tidak menggunakan kepakaran beliau malah Pak Itam, Master Mariner ini belum diberi kerakyatan! Nak ku bawa dia jumpa Hishamuddin tetapi siapalah saya!
As-salamu alaikum,
ReplyDeleteWhat treasures lay hidden in Cameron Highlands! Do let me know the next time you're planning to visit Pak Itam coz I'd really like to know more about the British Navy before the Great War and life in the High Seas.
Wa'alaikum salam,
ReplyDeletePosted my reply hours ago apparently disappeared into cyberspace. Will be glad to introduce to Pak Itam. As a seasoned mariner now landlubber you are going to get a lot of stories from him. Hope to arrange it soonest and let you know. Treasures? Plenty. My farm is on the clouds of C. Highlands!
Salam,
ReplyDeletePerhaps you need to migrate to newer apps. Would be nice to retreat to the hills once in a while!